Thursday, December 10, 2009

Sabtu Yang Ceria...!!!!

Hari Sabtu lepas kena turn hubby off duty. Tapi awal2 pagi lagi dia dah keluar hantar Ayong ke stadium sebab ada latihan pancaragam. Ahadnya nanti ada persembahan di Persada Johor.  Lepas hubby balik barulah kami sarapan. Lepas tu saya berkemas mana yang patut. Hubby pulak membaiki lampu kat dapur yang tak menyala sejak malam sebelumnya lagi. Dalam pukul 10:30 pagi, kami dah keluar rumah bersama anak2. Banyak tempat yang nak dituju ni.

Pertama sekali saya ajak hubby ke Larkin Perdana, ke kedai bakery sebab nak cari barang masak. Barang utama yang saya nak cari ialah berbagai jenis filling - blueberry, strawberry, kiwi, oren, epal. Ada plan ni...! Dari situ, kami menuju ke City Bank di City Plaza, Jalan Tebrau. Tujuannya ialah untuk membayar hutang kad kredit. Dari situ kami bercadang pulak ke Danga Bay...nak cari makan sebab masa tu dah hampir 12 tengahari.

Masa keluar dari City Plaza tu, kami nampak signboard ini :



Kiswire nak dirikan bangunan baru bersebelahan dengan City Plaza (antara City Plaza dan Hotel Selesa) sebagai R&D Center. Sebenarnya Kiswire ada Sales Office kat City Plaza tu, di Tingkat 17. Dulu saya selalu berulang-alik ke sini kerana tugas. Tapi sejak berhenti dari Kiswire, tak pernah jejak Tingkat 17 tu lagi dah. Setakat ke City Bank kat tingkat bawah tu adalah sebulan sekali. Tapi berita2 tentang Kiswire hari2 saya dapat sebab hubby masih bekerja di situ.

Dari situ, kami menuju ke Danga Bay. Dalam perjalanan tu, kami nampak banyak pembinaan dan pembaikpulihan sedang dijalankan. Yang paling ketara ialah pembinaan flyover selepas Danga City Mall tu. Lepas tu penambakan pantai di sepanjang Pantai Lido menuju ke Danga Bay.




Sampai di Danga Bay jam dah menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Kami masuk bermula dari International Restaurant tu terus ke Festive Street Mall.




Akhirnya kami singgah di AK Noodle House untuk menjamu selera. Tak banyak gerai yang dah dibuka masa tu. Agaknya kalau petang2 sikit, mesti dah sesak kat situ. Jom tengok apa yang kami makan!


Minuman kami....! Hubby - fresh orange, saya - jus epal hijau, Adik - milo ais, Abang Ngah - Home Made Cincau dan Abang Yang - Home Made Longan.


Yang ini Adik punya...Fishball Seafood Meehon! Awal2 lagi dah sampai hidangan untuk Adik...



 Yang ini pulak Abang Ngah punya...Tomyam Seafood Meehon!



 Yang ini??? Kami punya! Hubby, Abang Yang dan saya...Curry Laksa Meehon!

Eeerrrkkkk....alhamdulillah!!!! Kenyang! Dah kenyang, kami baliklah...nak tunggu apa lagi, kan? Lagipun saya nak masak kuih sikit. Sebelah malamnya pulak ada majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat di rumah tetangga, Shidah & Yasman. Biasanya, di setiap majlis, saya akan bawa sedikit kuih sebagai sumbangan. Bukan saya je, orang lain pun bagi jugak! Dan saya memang bercadang untuk buat Apam Comel Inti Blueberry lagi! Itu sebabnya saya ke Larkin Perdana mencari filling tu sebab stok dah abis. Selesai solat baru saya ke dapur untuk menunaikan hasrat dihati. Akhirnya...inilah hasilnya! Saya letak filling oren dan strawberry. Gebu & sedap!!!!


Sesuai dengan namanya yang comel tu...memang comel sebab saya gunakan papercup yang kecil sekali. Satu adunan dapat dalam lebih kurang 120 biji. Terus masukkan dalam tupperware sebab kalau tak buat cam gitu, tak sempat nak bawa ke majlis nanti.


Selepas Asar, baru saya ke rumah Shidah. Kami sama2 bergotong-royong membantu apa yang patut. Tapi ada jugak yang dah datang lebih awal sebab menolong Shidah memasak. Shidah tak inform saya sebab dia ingatkan saya balik ke Muar menghantar anak2 (Abang Ngah & Abang Yang) balik ke rumah Atuk. Apa2 pun sempatlah menolong memotong & menghidang kuih2 dan lauk-pauk.


 Alamak, gambar tuan rumah tak ada la!!!


No comments: