Saturday, February 28, 2009

Beg Berkat (1)


Malam tadi saya, hubby dan Adik pergi ke Giant Plentong. Tujuannya ada 2 : pertama nak beli tuala yang kami dah survey hari tu, dan kedua sebab nak belanja barang2 dapur. Hari tu kami dan pergi ke Giant untuk mencari tuala yang hubby idamkan tapi kami tak jadi nak beli pada hari tu sebab konon2nya nak survey barang2 lain dulu. Tuala tu merupakan salah satu daripada "barang2" yang akan kami masukkan ke dalam "beg berkat" untuk orang2 rewang nanti. Sebenarnya adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan pada 8hb. Mac ini dan sambutan di rumah hubby akan dibuat pada 15hb. Mac. Since adik ipar saya ni adalah lelaki, 8hb. nanti ialah majlis di rumah pengantin perempuan dan 15hb. adalah majlis kat rumah MIL di Muar. Hubby dapat tugas untuk menyediakan "beg berkat" untuk orang2 yang rewang. Kami kena sediakan sebanyak 70 beg. Dan hubby dah buat keputusan untuk bagi sehelai tuala mandi sebagai salah satu daripada barang dalam beg berkat tersebut. Itu yang kami ke Giant malam tadi untuk beli tuala2 tersebut. Penuh satu troli dek tuala2 aje. Penat cashier tu nak scan satu2 tag kat tuala tu...70 kali! Lepas bayar kami hantar tuala2 tu masuk kereta dulu sebelum kami pergi round sekali lagi untuk beli barang2 dapur pulak. Penat jugak berjalan....!

Masa dalam perjalanan balik, Adik dah tertidur kat seat belakang. Kesian dia...ngantuk! Waktu tu pun dah pukul 11:15 malam. Sampai aje rumah, saya kemaskan barang2 dapur yang kami shopping tadi. Lepas tu ajak hubby gulung dan ikat tuala2 tu. Almost 2:30 am baru siap semua! Ahad ni hubby nak balik kampung kejap, nak tengok apa2 yang patut untuk majlis tu. Then hubby akan bawak balik tuala2 ni dulu sebelum kami packing ke dalam beg kemudian nanti. Kalau nak bawak balik sekali harung, tak muat satu kereta!!!! Hubby akan balik dengan Abang Yang aje. Saya dan anak2 yang lain tak ikut sebab Ayong dan Abang Ngah ada monthly test hari Isnin nanti.

Baru siap satu barang. Ada lagi yang perlu saya siapkan untuk majlis tu nanti. Bunga rampai dan kek yang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan pada 8hb. nanti... Tak lama dah, tinggal seminggu aje...

2 comments:

Cikmin said...

salam kak ita..pehal nyer cashier tu kena scan satu2 tola tu?..lain2 code ke kak...syiok kan skg klu tgk beg2 berkat org bagi..mcm2 ada....seb bek tok org rewang je kak ek..klu tuk sume tetamu yg datang...moh biol cashier tu nak scan..hikhikhik...

Azita Zain said...

itulah pasal...ada kod yg sama, ada yg tak sama. terpaksa dia scan satu2. kat belakang dah makin panjang org beratur....