Thursday, February 12, 2009

Gigiku...!!!!

Masa makan Lontong Kering malam tadi, yang hubby beli kat pasar malam, terasa sakit pulak gigi geraham semasa mengunyah rendang daging tu. Aduiiii...hilang nikmat rendang daging tu! Tapi kunyah gak, guna yang sebelah kanak. Sebenarnya gigi geraham sebelah atas, kiri dan kanan, dah berlubang dua2nya. Tapi malas nak gi tampal. Hinggalah kejadian malam tadi tu... Lunch hour tadi hubby balik rumah. Lepas tu kami gi lunch berdua. Cuma makan sup dan roti aje. Hubby makan Sup Campur dengan nasi putih separuh, saya pulak makan Sup Ayam dan Daging dengan roti putih. Supnya habis dimakan tapi roti dan nasi putih tak habis. Sup tu memang sedap. Dah le gigi berlubang...tiap kali lepas makan mesti kena cungkil. Nyampah tul!!! So lepas balik dari lunch, hubby hantar saya balik rumah sebab dia kena masuk kerja semula. Itupun dah lebih dari lunch hour dia.

Selepas Ayong balik dari sekolah, saya terus drive menuju ke klinik gigi. Cari parking lot yang baik punya sebab takut hujan, nanti senang terus masuk kereta. Alamak....waktu rehatnya dari 1:30 hingga 2:30 petang!! Waktu tu baru pukul 2:00 petang. Saya tunggu aje dalam kereta sambil main SMS ngan hubby. Shar 2:30 petang saya naik ke klinik tu (kat tingkat atas). 1st customer.... Sebelum ni pernah gi ke situ untuk bersihkan gigi. Tak lama lepas tu nama saya dipanggil untuk menerima rawatan. Dokotornya seorang wanita Melayu yang cun....

"Saya nak tampal gigi. Geraham atas, kiri dan kanan."
Lepas doktor tu check2 mana yang patut,
"Cuba awak pegang cermin ni. Yang sebelah kanan tu tak boleh ditampal lagi dah sebab lubangnya dah besar dan dah kena akar. Kena cabut ni... Yang kiri tu boleh ditampal."

No comments: