Sebulan sekali akan ada aktiviti renang kat tadika Adik tu tapi mesti dapat kebenaran dari parents dulu. Kalau parents tak benarkan anak2 mereka turut serta, maka anak2 tu tak dapatlah berenang kat kolam yang telah disediakan kat tepi tadika tu. Untuk bulan Februari ni, kelas renang Adik tu diadakan semalam (Khamis). Punyalah excited Adik nak berenang. Asyik2 tanya mana baju dan seluar nak mandi kolam tadi, mana tuala, mana beg plastik.... eeeeiiiii... rimas pun ada dibuatnya. Actually Adik ada kelas PJ semalam so dia ke tadika dengan berpakaian senaman. Bawak la spare seluar, t-shirt dan tuala untuk aktiviti renang tu. Pada ssemua pakaian disarankan tulis nama.... takut tertukar nanti.
Biasanya Adik akan sampai ke rumah dalam pukul 3:30 petang tapi semalam saya mendapat panggilan telefon dari pemandu van yang Adik naik tu. Dia kata dia akan hantar Adik lambat sikit sebab Adik TERTINGGAL kat sekolah! Terkejut jugak saya, macam mana Adik boleh tercicir. Risau jugak saya... maklumlah, sekarang ni macam2 perkara yang tak diduga berlaku. Saya tetap menanti kepulangan Adik sambil tersengguk2... ngantuk le pulak!!!
Sebenarnya tengahari tadi saya dah keluar ambil Ayong kat sekolah. Then terus ke Pusat Bandar sebab Ayong kata dia nak ke Kiang Trading, nak cari bahan2 untuk projek sekolah. Lepas beli barang2 tu kami gi makan kat Kebayan Pusat Bandar tu. Saya makan meehon sup dan Ayong pulak makan nasi campur. Minuman... Ayong minun teh ais dan saya pulak jus epal hijau... Dalam 2:45 petang kami sampai ke rumah. Itu sebab mengantuk tu kot.... Masa tengah mengangkat kain di jemuran, telefon berbunyi. Si Fendi yang called - pemandu van Adik tu...
"Assalamualaikum Akak, Fendi ni. Saya hantar anak akak lambat sikit ye..".
"Waalaikumsalam. Kenapa?"
"Dia tertinggal kat sekolah. Cikgu telefon kata ada sorang lagi tercicir."
"Macam mana boleh tercicir?".
"Tak taulah cikgu tu. Akak jangan risau, saya nak pergi semula ke sekolah nak ambik dia ni. Nanti saya hantar lambat sikit...."
"Yalah..."
Saya pun menunggu di ruang tamu sambil tersengguk2. Nasib baik tak terlelap. 3:35pm... 3:55pm... 4:05pm....4:10pm.... Ponnnnn.... pppoooonnnnnn!!! Hon van Adik berbunyi... Laju je saya ke pintu pagar. Adik duduk kat depan, sebelah pemandu. Fendi kata cikgu tak perasan di sepatutnya naik van dia sebab Adik tak pakai name tag. Masa pergi sekolah tadi memang Adik pakai name tag tapi agaknya cikgu lupakan pakai semula selepas mereka bertukar pakaian untuk renang tu agaknya. Apa2 pun, alhamdulillah!!! Adik selamat sampai rumah...
Biasalah... turun aje dari van mulutnya mulalah macam bertih... pok pek pok pek tak sudah2 bercerita pasal renang tadi. Tapi tak pulak dia bercerita pasal dia tercicir dek van!!!
2 comments:
salam,
saya pun pernah mengalaminya...tapi bukan tercicir ,tapi tersilap van...tunggu punya tunggu,tak sampai2...risau betul masa tu,bila call cikgu ,cikgu pun terkejut sama,sebab katanya dah naik van...apa lagi cikgu pun call lah sana sini....pkl 4 lebih sampai rumah...dah keletihan,pusing sana sini.
lebih kurang samalah tu...kita yg menanti kat umah yg tak senang duduk! tapi alhamdulillah!!
Post a Comment