Sarapan tadi saya buat Jemput2 Taugeh je. Nak letak udang, udang pulak tak ada dalam simpanan. Belum top-up stock ler.... So cuma taugeh dengan ikan bilis je. Cicah dengan sos cili + mayonis. Adik asyik makan sosnya ajer...
Selepas hubby gi kerja, saya menyidai kain-baju kat ampaian, then menyapu sampah sikit. Then lepas mandikan Adik, duduk dengan dia pulak untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kalau suruh dia buat sendiri, dia bukan buat kerja sekolah dia tapi dia buat benda lain. Mewarnalah.... menyontenglah.... Dah banyak kali saya memadamkan contengan2 dia kat buku2 tu. Adui...!!!! Itu sebab kat rumah ni kena sediakan buku2 yang lain untuk dia menyonteng dan mewarna. Lantaklah dia nak conteng camana pun... nak kaler lembu dengan warna2 pelangi ke.... Siap je kerja sekolah dia, beg dia mesti diletakkan ditempat yang dia tak boleh capai.... Nak gi sekolah baru turunkan.
Since hari ini ialah hari Jumaat, saya kena sipkan lunch cepat sikit sebab hubby akan balik tengahari dan akan makan dengan anak2 sebelum gi masjid. Lepas sembahyang Jumaat, anak2 terus ke sekolah, tak balik ke rumah dulu. So kenalah makan dulu sebelum ke masjid. Lunch tadi saya cuma masak Lemak Pucuk Ubi Udang Kering, Tumis Sardin Bercili dan Telur Dadar. Ini gara2 stok lauk tak ada kat rumah la ni.... Nasib baik ikan dalam tin ada stok! Kalu tak, lauk telur je lah!!!
1:45pm pulak gi hantar Ayong latihan pancaragam kat stadium. Lepas tu saya terus gi ke kedai menjual barang2 plastik kat sebelah 7-Eleven kat Air Biru tu. Hajat nak cari muffin cup dan bekas plastik yang kecik2 tu... nak isi muffin tu nanti. Saya dapat tugas kena buat muffin untuk kenduri kahwin BIL bulan depan (March). Alang2 cari muffin cup, ambik jugak digital scale, loyang empatsegi dan beberapa keperluan lain. Then terus balik rumah. Dah sampai depan pagar, saya pun membelek kejap barang2 yang saya beli tadi. Baru perasan yang plastic cup tu tutupnya rata je. Saya mintak tutup yang curve tu sebab muffin tu nanti tentu naik agak tinggi jugak kan... Tak sempat turun kereta pun... terus pergi semula ke kedai tu. Tukar dengan plastic cup cover yang curve tu. Kena tambah duit sikit.... Sampai rumah dah 3:10pm. Nasib baik belum sampai time Adik balik..... Nanti saya tayang sikit new toys tu....next time!!!
No comments:
Post a Comment