Tuesday, February 17, 2009

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Pertama

Satu lagi aktiviti yang amat berfaedah dan bermanfaat yang telah dijalankan oleh kaum2 ibu di kawasan penempatan kami di Taman Pasir Putih (Jalan Selayang dan Jalan Senangin) ialah Majlis Yassin untuk kaum2 ibu / wanita. Aktiviti yang pertama telah kami langsungkan pada hari Sabtu lepas, 14hb. Februari 2009. Rumah pertama dalam penggiliran ialah rumah Shidah di Jalan Selayang 13. Majlis bermula jam 2:00 petang hingga ke waktu Asar. Pengisian majlis dimulakan dengan Zikir Syifa, diikutilah dengan bacaan Yassin dan Tahlil dan diakhiri dengan tazkirah ringkas. Ramai ibu2 yang hadir walaupun ada juga yang tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan masing2 yang tidak dapat dielakkan. Sambutannya amatlah menggalakan. Penuh ruang tamu hingga ada yang terpaksa duduk di dapur dan juga di bahagian luar (car porch). ALHAMDULILLAH!!!! Moga majlis mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.....


Majlis ini kami rencanakan untuk diadakan sebulan sekali pada hari Sabtu minggu kedua bermula jam 2:00 petang. Pada hari Sabtu minggu ketiga, kebiasaannya kami ada aktiviti Yassin dan Tahlil untuk kaum lelaki (Selayang 10, 12 dan 13 sahaja). Juga diadakan sebulan sekali. Dengan adanya aktiviti seperti ini, dapatlah mengeratkan silaturrahim antara penduduk2 di kawasan kami disamping dapat saling kenal-mengenali sesama kami.


Semasa menjamu selera, kami berkenalan sesama sendiri. Rupa2nya ramai orang Perak kat sini. Kebetulan masa majlis tersebut, majoritinya ialah berasal dari Perak. Mulalah...kalau dah berjumpa dengan orang Perak tu, keluarlah loghat masing2..... Yang tak disangka2 ialah bertemunya 2 orang Perak yang ada kaitan persaudaraan.... Macam Jejak Kasih pulak! Kat Perak mereka ni tak pernak berjumpa, tiba2 berjumpa pulak kat majlis ni!



Malam Sabtu tu (hari Jumaat), saya sempat bakarkan Puding Roti untuk dibawa ke majlis tersebut. Ramai yang memuji kesedapan puding roti ni dan ramai jugak yang meminta resepinya. Alhamdulillah...

Puding Roti...


Antara kaum2 ibu / wanita yang menghadiri majlis tersebut...




Antara hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk para jemputan ialah nasi impit daun pisang, rendang ayam, kuah kacang, rojak buah dan roti jala. Ada juga rakan2 yang memberi sumbangan kuih-muih (termasuklah saya....) - ada apam gula hangus, kuih koci, puding roti danjugak kek chiffon pandan.

Antara juadah untuk menjamu selera selepas majlis berakhir.....

2 comments:

cikla said...

kak ita, menu yg byk sayur2 tu apa ek?..yg ada senduk kat dalam tu

Azita Zain said...

yang tu rojak buah la sayang... masa nak makan, tabur ngan kacang goreng yg ditumbuk dan jugak kuah rojak. emmmm...menjilat jari!!!