Sunday, March 1, 2009

Hari Minggu Ku...

Sebelum cerita pasal hari minggu (Ahad), saya nak cerita sikit pasal semalam. Semalam...... semalam hari Sabtu (28hb. Februari), hari terakhir dalam bulan Februari 2009. Pejam celik pejam celik dah abis 2 bulan. Semalam hubby tak kerja tapi anak2 tetap ke sekolah dengan berbagai aktiviti. Ayong ada kelas tambahan untuk Form 3 dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Then 1:30 petang ada latihan pancaragam lagi di stadium. Abang Ngah pulak ada pertandingan nasyid di sekolah. Pertandingan antara kelas2 je. Sebelah petang pulak ada kelas ganti cuti CNY dulu. Abang Yang pulak ada latihan tafsir Al-Quran di sekolah agama dari jam 9:00 pagi. Dapat SMS dari ustazah yang in-charge malam semalam. Sebelah petang pun ada sekolah gantian untuk CNY hari tu. Maknanya anak2 semua tak ada pada sebelah petang sebab ada sekolah gantian dan latihan. Adik je yang tak sekolah. Memang plan dengan hubby nak gi cari barang2 yang belum mencukupi untuk majlis perkahwinan BIL hujung minggu depan.


Dalam pukul 2:00 petang, hubby dan saya serta Adik keluar menuju ke kedai yang menjual perkakas2 perkahwinan. Kat belakang KipMart tu aje. First time masuk ke kedai tu sebab sebelum ni memang tak ada sebab nak masuk ke situ. Wow!!!! Cantik2 semua barang2 kat situ. Semua dah ready-made, cakap jer nak apa. Bila melangkah masuk je, ada le sales girl yang menegur dengan ramahnya. Biasalah...nak tarik customer kan! Bila cakap jer nak cari bekas untuk isi bunga rampai, terus je dia bawa saya menuju ke tempatnya. Cantik2 belaka bekasnya. Pilih je nak yang mana...kalau yang mahal sikit harganya, hiasannya makin cantik ler... Then ada jugak sample gubahan dan sirih junjung. Since kami akan kena buat sirih junjung, saya pun keluarkanlah handphone saya dan saya pun dengan selambanya snap gambar sample sirih junung tu. Sempat gak snap 2 gambar sebelum ditegur oleh sales girl tu, "Tak boleh tangkap gambar kak!". Dengan muka seposen saya menjawab, "Ye ke? Okla...".


Selepas beli apa yang patut, kami pun balik rumah. Masa tu lebih kurang pukul 4:50 petang. Sebenarnya nak singgah terus ke rumah BIL untuk ambik barang2 pengantin untuk dibawa balik ke kampung esok pagi. Tapi kena tunggu Abang Yang balik dari sekolah dulu. Saya tunggu Abang Yang danAbang Ngah balik sementara hubby pergi ambik Ayong kat stadium. Lepas semua anak2 dah balik, kami menuju ke rumah BIL di Taman Scientex. BIL tak ada kat rumah, dia ke Singapore sebab ada recording album rock band dia. Lepas ambik kotak2 hantaran dan bunga2 pahar, kami terus ke kedai perkakas perkahwinan tu semula sebab saya tersalah ambil warna untuk bekas bunga rampai tu. Sepatutnya warna kuning keemasan tapi saya ambil warna maroon. Warna maroon tu tema kat rumah MIL nanti bukan untuk hantaran ke pihak perempuan. Lepas tu kami singgah beli ayam golek, jagung dan nangka madu sebagai hidangan dinner malam nanti.


Sebenarnya badan saya tak sihat. Asyik nak bersin saja sejak dari pagi. Memang ada ubat selesema tapi kalau saya makan ubat tu, pasti saya akan terus terlelap sekurang2nya untuk 6 jam. Tapi since saya dah tak tahan menanggung "siksa", hubby suruh makan ubat tu. Lepas makan jagung dan nangka, saya telan ubat tu sebiji. And after a short while, saya pun pejam.....! Pukul 11:00 malam saya terjaga tapi rasa ting-tong lagi. Kuatkan diri untuk bangun sebab dah tinggalkan anak2 dan hubby menguruskan diri sendiri since lepas maghrib tadi. Bila jenguk ke bawah, anak2 dan hubby dah tertidur depan tv je.. Dan mata saya pun masih berat...akhirnya tumpang sekaki kat sebelah hubby!!!

Pukul 4:30 pagi tadi hubby dah bangun dengan Abang Yang sebab hubby akan balik ke kampung pagi ini. Hubby risau tentang persiapan majlis perkahwinan adiknya 8hb. Mac nanti (hujung minggu depan). Pukul 5:00 pagi hubby bertolak meninggalkan saya dan anak2 yang lain. Adik pulak tengah malam tadi badan dia tiba2 panas sangat...demam! Since saya masih ting-tong, hubby yang layan dia. Macam2 dia mintak....suruh basahkan kain, lipat2 dan letak kat dahi.

Apa yang kami makan untuk breakfast pagi tadi?? Ada balance jagung bakar semalam 2 tongkol. Saya panaskan atas api dapur gas jer. Then kukus pau ayam (ready made...). Dan saya bancuh nescafe gold seteko.


Jagung bakar bermentega...


Pau ayam gebu...


Tiap kali kalau Adik demam, memang saya susah nak bergerak sebab dia asyik nak emaknya berada kat sebelah dia je. Sama jugak macam siang tadi. Saya nak pergi masuk bilik air pun susah! Kena tunggu dia agak2 lelap sikit, baru curi2 buat kerja rumah. Akibatnya...tengahri tadi Ayong dan Abang Ngah makan mee segera jer untuk lunch. Saya pulak dah lewat petang baru dapat makan...mee segera gak! Itupun tunggu Adik betul2 lena.....

Mee segera untuk lunch saya tadi...



Sekarang dah jam 8:53 malam. Adik dah terlelap tapi asyik terjaga2 je. Panas badan dah kurang tapi hidung pulak tersumbat...selesema! Tidurnya berbunyi....


No comments: