Wednesday, February 11, 2009

I'm Back!

I'm back!!!! Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah, dah fully recovered. Sihat walafiat dah! Dah boleh gi jalan2 ke rumah kengkawan dan jugak dah meriah memasak dan jugak bergambar.......hehehe!!! Masa sakit tu memang tak bangun terus. Sejuk.... menggigil!! Musim2 panas gini berbaju tebal. Kalah Hana kat Jepun tu!!

Sebelum tu, pagi Sabtu lepas sempat gak buat sarapan dulu sebelum penyakit melanda. Sempat gak masak meehon goreng. Tabur ngan telur dadar layang yang dihiris halus. Adik makan telur tu aje lebih, meehonnya sikit jer....


Pagi Sabtu tu Ayong ada latihan pancaragam kat stadium. Hubby pulak kena turn kerja... alternate Saturday. Abang Ngah dan Abang Yang membaca kat bilik mereka kat atas. Adik pulak tak sihat jugak. Lepas bagi dia makan ubat, dia tertidur. Then saya pun baring sama2 dengan Adik kat depan tv kat bawah. Then....tidur la... dengan berselimut tebal. Tengok2 jugak jam...hubby tak balik2 lagi. Pukul 1:00, pukul 2:00, pukul 3:00pm.... tak balik lagi. Memang dia tak tahu pun yang saya tak sihat. Then saya sms hubby, tanya dia lambat lagi ker baliknya? Hubby kata banyak report kena siapkan sebab Isnin ada meeting dengan Division dan Selasa ada meeting KPI - target 2009. Saya tahulah siksanya nak buat report tu sebab dulu saya pun kena buat report cam gitu. Pukul 4:00pm hubby sampai rumah dan kami terus ke klinik. Saya dan Adik buat check-up sebab Adik pun tak sihat gak. Lepas ambik ubat, kami terus ke stadium untuk ambik Ayong pulak. Latihan dia habis pukul 5:00 petang. Sampai aje rumah, saya telan ubat dan baring kat dalam bilik. Hubby ambil-alih tugas2 kat rumah pulak.....

Sabtu, Ahad dan Isnin saya cuti memasak. Kat bawah ni lauk dan sayur untuk dinner hari Isnin lepas. Masa tu badan dah rasa OK sikit. Boleh le memasak untuk dinner hari tu... Tapi simple ajer la. Hari Ahad ari tu hubby gi KipMart, cari lauk-pauk dan sayur2. Ada la hubby beli ikan cermin ni, kerang yang dah dikopek dan jugak kacang buncis selain daripada udang, sotong, ayam, ikan timah dan sayur2 lain. Sepatutnya hari Isnin lepas kan ker public holiday - Thaipusam. Tapi tempat kerja hubby tak ambik cuti tu, so hubby kerja macam biasa. Anak2 semua ada kat rumah sebab tak sekolah.

Untuk dinner saya cuma goreng ikan cermin tu dan jugak masak lemak pekat kerang dan kacang buncis...






Dah nak pukul 10:00 malam, teringin pulak nak buat Choc. Chip Muffin. Resepi ni dah lama dalam queue tapi tak berkesempatan nak buat. Anak2 pulak memang suka benda2 yang bercoklat, so memang kena seleralah! Keluar aje dari oven semua dah standby nak makan. Hubby pulak ringan tangan buatkan saya air power.....hhhhmmmm!!!!! Nak suruh cepat sihat le tu....! Resepi ni saya dapat dari internet, kat rumah sapa pun saya tak ingat sebab bila saya cuba cari balik dari mana saya dapat....gagal dikesan! Kepada tuan empunya resepi ni, saya mintak maaf ya!!! Dapat le 10 biji (pssssttt....muffin cup tu baru je beli hari Jumaat lepas!). Muffin ni memang sedap... terutama kalau dimakan semasa panas2!!!! Saya isikan 2 sudu makan je ke dalam muffin cup tu...naik menjunjung gitu sekali!!!




Ini pulak ialah "KARIPAP SPECIAL" ....istimewa untuk bekal Adik ke sekolah hari Selasa semalam. Kenapa "KARIPAP SPECIAL"??? Kulit karipap ni cuma menggunakan tepung gandum, minyak masak yang panas, sedikit garam dan air. Intinya pula ialah "AIR".....!!! Jangan baca "AIR" dalam bahasa Malaysia tapi bacalah dalam bahasa Omputih...!!! Betul!!! Tak silap!!! Isinya ialah ANGIN sebab Adik tak nak inti apa2 kat dalam tu. Kalau ada inti pun, dia akan suruh buangkan inti sebelum dimasukkan ke dalam bekas bekal dia. Kalau makan kat mana2 pun, mesti nak keluarkan inti sebelum Adik makan. So, saya buatlah dalam 10 biji je... semua berintikan "AIR"....



Lepas tu ada cerita pulak pasal karipap ni selepas Adik balik dari sekolah. Adik kata, "Cikgu kata, Cikgu makan karipap dengan dalam dia (inti). Girl pun makan dengan dalam dia (inti). Adik tak makan dalam dia....". (Pssstttt.... girl tu budak perempuan dalam kelas dia!!!). Tentu Cikgu kat tadika tu pening kepala tengok karipap tak berinti. Ada ker orang lain yang buat cam gini????

2 comments:

Anonymous said...

baru sihat dari demam tapi dah rajin nak masak...namun semuanya nampak sedap je.

Azita Zain said...

masak yg senang2 jer ima...