Hari Sabtu lepas merupakan hari ganti persekolahan sempena cuti CNY ari tu. Sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama bersekolah macam hari2 biasa. Abang Yang dan Ayong dah ke sekolah awal2 pagi lagi. 6:30 pagi Ayong dah pergi naik van sekolah. Then Abang yang pulak 6:55 pagi, naikvan jugak. Cuma kengkadang van yang Abang Yang naik tak tentu masa datangnya. Kengkadang lambat sangat, kengkadang cepat. Sekolah agama bermula jam 7:15 pagi tapi kaengkadang van tu 7:10 pagi baru sampai depan rumah. Kesian anak2 yang naik van tu (termasuklah anak saya...) sebab kengkadang murid2 dah masuk kelas, mereka baru nak turun dari van. Abang Yang malas nak naik van tu pagi2 dah sebab selalu lambat. Dia ialah Ketua Kelas. Sepatutunya tunjukkan contoh yang baik pada murid2 lain tapi dia pulak yang lewat. Mungkin next month, pagi2 kena hantar dia pulak....
Ok. Berbalik dengan cerita aktiviti di pagi Sabtu tu. Kebetulan kena turn hubby off duty Sabtu tu. So saya ajak le hubby gi breakfast kat luar bersama Adik dan Abang Ngah. Abang Ngah bersekolah sebelah petang, so ada masa untuk jalan2 kejap. Mula2 cadang nak gi breakfast kat Kebayan je tapi teringat pulak da Pasar Tani kat Pusat Bandar. Kat situ ada banyak pilihan kuih-muih dan lain2 makanan. So ajak hubby gi Pasar Tani je, cari makanan apa yang patut. Lepas tu kami singgah kat Shell. Bukan nak isi minyak tapi nak beli suratkhabar dan air. Lepas tu terus lepak kat Bukit Layang2.....sarapan ket tepi tasik!!!!
Inilah menu kami sarapan tepi tasik....serimuka, cara berlauk, talam suji, talam keladi, pulut panggang dan sate.....
Antara pemandangan, tumbuhan dan bunga2an yang menghijau dan berwarna-warni.....
Salah satu arca di Bukit Layang-Layang....
Banner Pesta Layang2 yang akan diadakan pada 17-22 Februari ini....
Tengok jam dah hampir 10:20 pagi. Abang Yang biasanya sampai rumah jam 10:25 pagi. Kami pun terus menuju ke rumah....
Antara pemandangan, tumbuhan dan bunga2an yang menghijau dan berwarna-warni.....
Salah satu arca di Bukit Layang-Layang....
Banner Pesta Layang2 yang akan diadakan pada 17-22 Februari ini....
Selepas bersarapan dan pusing2 kat Bukit Layang2 tu, kami terus menuju ke Petronas Taman Kota Masai. Kali ini memang nak isi minyak kereta yang dah hampir "E".... Sempat jugak saya merakamkan gambar bunga2 yang ada kat keliling stesen tersebut....
Tengok jam dah hampir 10:20 pagi. Abang Yang biasanya sampai rumah jam 10:25 pagi. Kami pun terus menuju ke rumah....
No comments:
Post a Comment