Tuesday, February 24, 2009

Breakfast And Lunch

Dari hari Rabu hari tu tiap2 pagi hubby pergi hantar Ayong ke stadium instead of ke sekolah naik van sebab mereka ada latihan pancaragam. Sepanjang minggu ni banyak persembahan yang akan mereka persembahankan. Mula2 kat SMK Pasir Gudang 1 pada pagi Khamis (19hb) sebab ada sukan tahunan sekolah. Then petang Jumaat ada rakaman oleh RTM kat Bukit Layang2. Pagi Sabtu pulak ada persembahan kat SMK Pasir Gudang 2 dan sebelah petang ada persembahan sempena perasmian festival layang2 tu. So setiap pagi mereka ada latihan, tak pergi sekolah pun....

Hari Khamis malam Jumaat lepas, saya buat Choc Chip Muffin sebanyak 50 biji. Dapat order dari cikgu kat SMK Pasir Putih, ada jualan amal petang Jumaat. Cikgu ni mengajar sesi petang... Tak perasan pulak tepung dah abis stok, malam tu tak dapat nak siapkan 50 biji. Sambung pagi Jumaat pulak... Alhamdulillah!!!

Sarapan pagi Jumaat....karipap dan kuih gulung....



Muffin choc chip dan tat telur buat petang Khamis..... Yang ni balance je....



Roti jala ni pun sarapan pagi Jumaat...bukan buat tapi hubby beli jer....

Lunch ari Jumaat.... nasi mentega, jelatah dan sambal telur kasturi....



Jelatah....


Sambal Telur Kasturi...



No comments: