Tuesday, February 3, 2009

Gatal-gatal...

Malam tadi selepas dinner, hubby bawak Abang Yang pergi ke klinik sebab badan dia gatal2. Kaki dan tangannya macam ditumbuhi ruam2 halus tu. Sama juga dengan Abang Ngah dan Ayong tapi tak le seteruk Abang Yang. Dah tu gatal pulak tu. Kalau dah gatal tu memang sedap sangat kalau menggaru. Menggaru sampai tak sedar habis luka2 dan mengelupas kulit kakinya. Doktor pun tak dapat nak kata apa penyakit sebenarnya. Cuma doktor kata mungkin alergi.... Hmmm...dapat le ubat elergi dan ubat gatal....

Pagi tadi saya cuma buat Sandwich Telur ni sebagai sarapan. Satu buku roti slice yang panjang tu tak cukup. Abang Yang siap bawak bekal ke sekolah agama. Adik pulak memang suka sangat especially sebab ada telur. Memang hantu telur Adik ni... Terpaksa simpan sikit untuk Abang Ngah, kalau tak...tak sempat le Abang Ngah nak menjamah!


Sandwich Telur...


Dan macam kata Fiza Nordin, kalau time rajin tu duduk kat dapur sepanjang hari pun tak apa. Sekarang ni time saya tengah rajin ni, tu yang menjadi pulak Kuih Lapis Serikaya Choc ni. Bukan setakat ini saja....!!! Saya juga sempat masak Kari Ayam untuk makan tengahari anak2 sebelum ke sekolah dan jugak Kek Marie Koko... Kenapa ya rajin sangat hari ni??? Kek Marie Koko tak leh nak potong lagi sebab belum cukup sejuk. Adik asyik bertanya aje sebelum ke sekolah tadi samada kek tu sejuk ke belum....dia nak bawak gi sekolah. Tak sempat la Adik...tunggu balik sekolah nanti baru boleh makan!!




No comments: