Tuesday, February 24, 2009

Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang 2009

Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang 2009 berlangsung dari 17hb Februari hingga 22hb Februari yang lepas. Alhamdulillah, dengan keadaan cuaca yang baik tapi agak panas, festival berjalan dengan meriah sekali. Cuma kadang2 angin kurang bertiup menyebabkan layang2 yang besar2 gagal untuk dinaikkan.


Hari Khamis lepas (19hb) saya pergi ke festival tu berdua dengan hubby je. Tujuan utama bukan untuk tengok layang2 terbang tapi nak cari t-shirt festival sebagai kenangan. Selama festival tersebut dilangsungkan dari dulu sampailah sekarang, baru kali ini saja kami tergerak hati nak pergi mencari t-shirt tersebut. Tahun2 yang lepas ada juga kami pergi ke festival tersebut tapi cuma pada hari pembukaan sahaja sebab Ayong ada main pancaragam. Itupun baru 2 kali rasanya. Sebelum tu tak pernah pergi pun, setakat lalu kat jalanraya depan tasik tu saja. Dapatlah anak2 tengok layang2 tu daripada dalam kereta sahaja.


Tapi kali ini mereka dapat tengok layang2 tu dengan sepuas2nya. Hari Jumaat tu saya pergi dengan Adik selepas Adik balik dari sekolah. Saja layankan Adik seronok tengok layang2. Ada lollypop drop oleh pasukan2 yang mengambil bahagian tapi dihadkan untuk kanak2 saja. Masa tu ada 3 kali lollypop drop tu. Bukan setakat kanak2, mak budak pun ada jugak termasuklah saya!!! Bukannya apa, kesiankan Adik penat kejar2 lollypop yang jatuh dari udara tu tapi tak dapat. Sudahnya, emaknya masuk sekali. Nasib baik tak kena halau dek pengawal tu. Kalau tak...malu je!!!! Best gak berebut2 dengan bebudak ni....!

Hari Sabtu ialah hari perasmian oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). Tapi saya tak pergi sebab Adik demam pulak. Hubby pergi bersama 2 hero. Ayong ada persembahan pancaragam masa perasmian tersebut. Sebenarnya hari Jumaat tu ada rakaman persembahan pancaragam tersebut oleh pihak RTM. Dan ianya disiarkan pada pagi Sabtu dalam rancangan Malaysian Weekend. Ayong dan hubby pesan pada saya suruh rakamkan rancangan tersebut. So, sepanjang rancangan tersebut, saya pun duduk le depan tv sambil merakamkan persembahan mereka.

Pagi Ahad tu saya pergi lagi ke festival tersebut tapi kali ini dengan Ayong aje. Sebab dia tak berkesempatan untuk jalan2 kat situ walaupun mereka selalau ke situ untuk rehersal, rakaman dan persembahan. Saja jalan2....sambil beli cenderahati....keychain, t-shirt, kipas tangan dan benda2 yang kecik2 je....

Jom layan beberapa gambar kat festival tersebut.... Nak tengok gambar2 lain, sila klik kat sini...



Perasmian oleh TMJ... Datuk Ali mesti ada...!!





Antara layang2 yang terbang diudara....


Acara lollypop drop...best gi kejar lollypop jatuh dari udara....!




Spongebob yang menarik perhatian ramai kanak2.....



Sotong pink dan mengkarung... antara layang2 yang terbang...



Biasanya katak hanya melompat tapi jangan hairan bila tengok katak terbang lak.....



Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Pasir Gudang.... Ayong yg kat depan sekali dlm gambar yg besar tu...tengah pegang trombone...



Antara cenderati yang cute2 dan comel2....


No comments: