Minum petang hari Jumaat lepas : Apam Mentega.
Sarapan pagi Sabtu : Karipap Kentang, Serimuka, Putu Piring, Tapai, Pecal
Semalam (Sabtu), lepas hantar Ayong ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang, saya dan hubby sinngah ke Pasar Tani di pusat Bandar tu. Hajat hati nak cari KRAAB lagi (ketam la...) tapi kat situ tak ada jual jenis ikan2 ni... Yang ada ialah sayur2an, kuih-muih, buah2an, dan lain2. So kami pun belilah sayur2an sikit. Saya sempat menyambar 2 biji pisang tanduk yang masih hijau (dlm 2 hari akan kekuningan kata penjual tu...) dan jugak jagung 4 tongkol. Pisang tanduk is my favourite dan jagung pulak kesukaan anak2. Hubby?? Hubby makan apa2 jer...tak kisah. Alang2 dah banyak jual kuih2 dan sarapan kat situ, kami pun belilah sedikit kuih unutk sarapan pagi Sabtu tu. Antara yang kami beli ialah RM2 karipap kentang, RM1 serimuka, RM2 putu piring, 3 bungkus tapai ubi, 3 bungkus tapai pulut dan 1 bungkus pecal. Itulah sarapan kami untuk pagi semalam.....
Makan tengahari Sabtu : Nasi Putih, Ikan Keli Sambal dan Sup Sayur.
Nak sempat lak nak snap gambar sebab masa tu kamera ada kat atas...malas nak naik ambik kamera. Tak pa la... Anak2 cukup suka dengan ikan keli sambal ni. Tapi saya pulak tak makan ikan keli ni... So saya makan sup sayur je tengahari semalam... Hubby pun tak makan nasi, makan sup gak macam saya. On diet katanya!!!
Hubby sekarang ni nak kurangkan makan nasi, nak diet katanya. Nak mengecilkan perut....!!!!! Then petang semalam saya dah hubby pergi ke KipMart untuk cari celery dan epal hijau. Masa pusing2 tu nampak la KRAAB lagi. Besar2 gak... RM18 sekilo. Beli lagi.... Esok cadang nak masak ketam sambal bertelur... Malam semalam saya pun nak mencuba minuman jus celery + epal hijau. Saya pun potong2 la epal dan celery tu, masukkan ke dalam blender. Masa nak blend tu, tetiba aje belnder tu buat hal. Pemutar kat bahagian bawah blender tu tercabut... Alamak!!! Camana nak kisar celery + epal tu??? Tapi kan, blender tu pun dah tua sangat.... dah 16 tahun umurnya. Ya lah...dapat hadiah perkahwinan dari rakan2 sekerja!!! Dah lama blender tu berjasa.
Sarapan hari ini (Ahad) : Nasi Goreng Simple dan Jemput2 Jagung Bercili.
Semalam ada beli jagung kat Pasar Tani. So pagi ni buat Jemput2 Jagung Bercili sebagai sarapan. Cili terpaksa ditumbuk secara manual sebab blender dah rosak malam tadi. Tak apa la...exercise sikit! Siap goreng jemput2, goreng nasi pulak. Nasi semalam ada balance, then saya gorengkan aje.
No comments:
Post a Comment