Tergoda dengan Creamcheese Butter Cake kat rumah Ummi Zaihadi, saya pun mencuba untuk membuatnya. Kebetulan bahan2 semua ada dalam stok, so tak jadi masalah. Saya buat kek ni hari Jumaat malam Sabtu lepas. Anak saya yang ketiga tu (Abang Yang) memang suka nak menolong saya memasak. Kalau saya didapur dan dia pulak tengah free, mulalah menanya ada apa2 ker yang boleh dia tolong. Tapi saya kengkadang selalu cakap ngan dia..."Tolong jangan kacau.....!!". Terbantut langsung niat ikhlas dan murni dia........! Tapi kengkadang dia ignorekan aje apa yang saya cakap. Kat bahagian atas tu saya sapu dengan blackcurrent jam. Itu je jem yang ada kat rumah masa tu. Sedap kek ni....!
No comments:
Post a Comment