Tuesday, March 16, 2010

Undangan Majlis Perkahwinan


Sebenarnya ini cerita hari Sabtu lepas. Hubby terima 2 jemputan ke majlis perkahwinan. Satu ialah engineer hubby dan satu lagi ialah anak perempuan pekerja hubby. Majlis engineer hubby berlangsung di Kampung Kempas Baru dan satu lagi di Kiara Hill, Taman Nusa Indah.


Ini kad undangan daripada engineer hubby...2 beradik sekali naik pelamin...!


Inilah 2 pasangan pentantin...!

Mohd Syafiq ni ialah engineer hubby...tapi jangan pelik sebab nama bapa kedua2 pengantin hampir serupa. Cuma dibezakan oleh huruf U sahaja...!

Inilah pasangan Shafiq dan Suhana...


Noraisyah ni saya tak pasti samada kakak ataupun adik kepada Syafiq...sorry!!!


Inilah pasangan pengantin Noraisyah dan Ma'asom...

Hampir jam 4:00 petang baru kami menuju ke Taman Nusa Indah. Semasa di rumah Shafiq kami bertemu dengan engineers yang lain. Mereka datang dengan 2 buah kereta. Jadinya kami sama2 menuju ke Taman Nusa Indah. Yang seronok dan kelakarnya, masing2 tak pernah sampai ke sana. Masing2 mengharapkan kepada peta yang disertakan di dalam kad jemputan sahaja.

Dalam peta tu "kata", ada exit Bukit Indah dan exit Nusa Indah. Kami pun bercadang nak ikut exit Nusa Indah, dekat sikit konon2nya. Rupa2nya exit tu belum dibukak lagi!!!! Akhirnya kami teruskan sahaja pemanduan hingga agak jauh juga.

Akhirnya sampai ke simpang ini...

Di sini kami mebuat pusingan U dan berpatah balik ke belakang. Hinggalah jumpa simpang ini...

Exit ke Bukit Indah...

Dah jenuh pusing kiri pusing kanan, akhirnya kami sampai juga ke sini...

Taman Nusa Indah...

Sorrylah, kat rumah pengantin ni kami tak bergambar. Sampai pun dah agak lewat. Tapi bagus jugak sebab kami bertemu dengan kawan2 lama bekas pekerja Kiswire - En Ahmad Rahmad, En. Mohd Lani, dan adalah dalam 3,4 orang lagi yang saya tak ingat nama mereka... Oh ya! Ibu dan bapa pengantin ialah Hj. Morset dan Hjh Khadijah...

Selamat Pengantin Bar kepada ketiga2 mempelai...!!!


No comments: