Monday, March 15, 2010

Awan Dan Mentari









Subhanallah...!!! Begitu kreatifnya Allah dalam mencipta segala benda. Saya suka mendongak ke langit melihatkan corak2 awan yang terbentuk. Tambah2 kalau ada sinaran mentari disebaliknya. Memang amat menakjubkan.

Dalam perjalan untuk menjemput Ayong dari sekolah tadi, saya cuma berbekalkan telefon bimbit aje - Nokia N82. Tidaklah secanggih mana pun telefon bimbitku itu. Tapi melihatkan corak2 awan yang terbentu, teruja sangat saya untuk merakamkannya. Saya pun berhentilah di bahu2 jalan untuk merakamkannya.

Adik : Kenapa emak nak belok ke kiri? Mana ada jalan?

Mak : Mak nak tangkap gambar awan la...

Adik kata belok ke kiri sebab saya bagi lampu isyarat untuk ke kiri...
Semasa berhenti di depan sekolah pun, saya rakamkan beberapa pemandangan lagi. Dan dalam perjalan balik, saya juga memberhentikan kereta di bahu jalan.

Ayong : Kenapa emak berhenti?

Belumpun sempat saya membuka mulut untuk menjawab,

Adik : Emak nak tangkap gambar awan....!!!

Isshhh...tak boleh simpan rahsia la Adik ni...!

2 comments:

Eye_nee said...

Salam Ziarah:
walaupun cuma segumpul awan....sangat menarik...

Azita Zain said...

eye_nee : mmg amat menakjubkan!