Thursday, March 18, 2010

Kuih Bakar



Kuih Bakar...ada juga orang panggil Bingka Tepung. Panggillah nama apa pun, yang penting rasanya memang sedap. Setiap kali saya buat Kuih Bakar ni, saya mesti gunakan resepi oleh Joayee (MyResipi). Memang rasanya amat sedap, elok je lembutnya, terasa lemak2nya.

Sebenarnya saya bakar kuih ni petang Selasa lepas. Malam tu ada pulak tetamu datang. Alhamdulillah, dapat juga mereka menjamu selera dengan kuih ni. Selepas tetamu kami balik, anak2 pulak berebut dengan hubby. Akhirnya hubby suruh je potong semua sekali...makan bersama anak2. Malam tu jugak abisnya. Maknanya, kuih ni memang sedap sebab sekali hadap je dah abis!


Nasib baik sempat berposing dulu sebelum dihabiskan...!

No comments: