Friday, March 19, 2010

Triffles



Triffles ni, buat banyak mana pun tak pernahnya nak cukup2. Anak2 berkenan sangat dengan pencuci mulut yang satu ni. Selalu tu saya buat dalam bekas lutsinar yang kecik2 tu tapi hari ni nak tukar selera sikit. Saya buat dalam gelas2 berkaki ni sikit, dalam bekas2 kaca yang sedang2 dan juga dalam bekas2 plastik tinggi.

Hari ni hubby balik lewat dari kerja sebab ada masalah kat tempat kerja...machine breakdown ler... apa lagi! Jam 12 tengahmalam tadi baru hubby sampai rumah. Ingatkan nak makan la Triffles yang molek2 dengan hubby, rupanya2 dah dihabiskan dek anak2. Hmmm...tinggal dalam bekas yang besar je. Makan separuh2 dengan hubby. Sekarang ni hubby dah pun terlena...kepenatan!


Dengan 3 perisa...lime (hijau), manngo (kuning) dan rasberry (merah)...!