Saturday, March 6, 2010

Majlis Ilmu Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP)


Majlis Ilmu Akhwatul Muslimah Taman Pasir Putih (AMTPP) kali ke-2 ini telah selamat dilangsungkan petang tadi. Kali ini dengan tajuk "Indahnya Solat", dilangsungkan di rumah Puan Faridah Mohd Isa di Jalan Selayang 18.

Inilah tuan rumah untuk majlis kali ini...Puan Faridah ataupun lebih mesra dengan panggilan Kak Ti...

Kalau ikutkan tentative schedule, pukul 2:00 petang tu waktu ketibaan tetamu. Diikuti dengan bacaan doa selamat 15 minit selepasnya.

Bacaan doa selamat diketuai oleh Kak Pah....


Sesi ceramah dan ilmu pula sepatutnya bermula pada jam 2:30 petang dan dijadualkan berakhir sekitar jam 4:30 petang. Tetapi, diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, penceramah yang dijemput tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan kerana beliau terpaksa menguruskan jenazah sepupu beliau terlebih dahulu. Al-Fatihah dan takziah. Sementara menantikan kedatangan penceramah jemputan, Kak Izan mengisi kekosongan ruang dengan sedikit tazkirah berkaitan dengan Indahnya Solat juga.

Kak Izan sedang berkongsi ilmu dengan tetamu yang hadir...

Dalam jam 3:20 petang, penantian kami berakhir dengan kehadiran tetamu yang kami nanti2kan. Penceramah jemputan kami hadir juga akhirnya...

Ketibaan penceramah jemputan disambut oleh Siti Hajar...

Penceramah jemputan kami, Ustazah Fatimah Mastoya binti Ahmad...

Setelah bermukaddimah serba sedikit, Ustazah memulakan sesi ceramah dan tazkirah bertajuk INDAHNYA SOLAT. Hadirin yang hadir masing2 menumpukan perhatian kepada setiap ilmu yang dikongsikan. Memang tidak jemu mendengarnya kerana diselitkan unsur2 jenaka.


Masing2 khusyuk mendengar ceramah...

Sejam berlalu tanpa disedari. Tengok2 jam dah menunjukkan ke pukul 4:30 petang. Kalau ikutkan Ustazah Mastoya, banyak lagi ilmu yang ingin beliau kongsikan bersama tetapi disebabkan oleh kekangan masa, beliau terpaksa berhenti di situ sahaja. InsyaAllah, kalau diizinkan olehNya, kami akan bertemu kembali.


Tuan rumah menyampaikan cenderahati kepada Ustazah...



Berselawat sambil bersalam2an...



Para tetamu sedang menjamu selera...


Antara juadah2 yang telah disediakan...


Sesi bergambar bersama Ustazah dan Tuan Rumah tapi tidak semua hadirin yang hadir ada bersama. Ada yang sedang menjamu selera, ada yang telah meninggalkan majlis. Dan pastinya muka mamarazzi ini tidak akan kelihatan dalam mana2 gambar jua....!


Alhamdulillah!!!!

2 comments:

ibundo said...

terperanjat tengok kakpah ada kat situ. hehe.. kakpah lain rupanya..

banyak kuih muih..

Azita Zain said...

kakpah...harap2 kakpah ku sayang ni akan ada jua dlm koleksi gambar2 saya...hehehe. kuih-muih tu biasanya sumbangan dr rakan2...