Thursday, March 25, 2010

Kebakaran Dan Hujan

Tengahari tadi, rajin sikit untuk pergi menjemput dua hero tu dari sekolah. Sementara menanti mereka sampai, saya snap2 le sikit gambar2 di bawah ni, gunakan handset saja...





Abang Ngah dah sampai, Abang Yang belum lagi. Tiba2 saya terpandang situasi ini :


Asap hitam pekat berkepul2 naik ke udara...

Selepas Abang Yang sampai, kami meneruskan perjalanan. Perasaan ingin tahu dari mana datangnya kepulan asap hitam tu menyebabkan kami menuju ke kawasan perindustrian. Rupa2nya dari sebuah kilang di belakang kilang KO Stone tu. Saya terus membelok ke simpang berhampiran dan memakirkan kereta berhampiran dengan tempat kejadian. Tapi takut juga nak pergi dekat2...dibuatnya tiba2 kilang tu meletup, naya pulak saya dan anak2!

Gambar dari kawasan kejadian...


Asap hitam berkepul2 mencemari udara persekitaran...


Berkepul2 tinggi naik ke udara...


Pemandangan ini dari depan rumah saya...bahagian sebelah kanan rumah...


Yang ini pun dari depan rumah juga tapi dari bahagian kiri rumah...

Alhamdulillah!!! Tidak lama selepas itu, hujan pun turun dengan lebatnya. Hilanglah segala kepulan2 asap hitam tadi...

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

Membasahi lantai hadapan rumahku...

Dari hujung awning...

No comments: