Tuesday, March 2, 2010

Sotong Dan Sup Bebola


Salam sejahtera untuk semua. Menu kami hari ini ringkas sahaja. Sekadar masak sotong dan sup bebola sahaja. Sotong ni saya masak main campak2 sahaja...dan saya beri nama Sotong Goreng Kunyit Lada Hitam. Ishhh...panjang pulak namanya. Sotong tu cuma ada dalam 7 ekor je. Nak kata besar sangat, tidaklah juga. Nak dikatakan kecil sangat...pun tak juga. Sedang2 ajela....



Nak menyediakannya pun senang sahaja. Main campak2 je. Jika inginkan resepinya, silalah ke sini ya! 



Ini pula ialah sup berbagai jenis bebola tetapi tidaklah termasuk bola tenis ke, bola golf ke, bola jaring ke....dan semestinya tidak termasuk bola2 api...! Sekadar bola2 yang boleh dimakan seperti bola2 (bebola) ikan, sotong, ketam, udang dan ayam...

No comments: