Friday, March 26, 2010

Mencuba Apam Beras



Selalu nampak Apam Beras ni kat rumah kawan2 tapi tak pernah mencuba walaupun nampak senang je nak membuatnya. Resepinya pun ringkas sahaja. Saya selalu nampak apam ni kat rumah AmFlora. AmFlora memang tokeh apam...hehehe! Bila dah nampak dia selalu sangat buat, mestilah sedap, kan? Itu yang membuatkan saya teruja nak membuatnya.

Semalam, saya pun mencuba. Tapi hasilnya macam tidak berapa mengancamlah! Mana tidaknya...selepas saya kisar nasi tu, saya gi buat kerja lain pulak. Akhirnya adunan nasi tu macam dah pekat...dah mengembang. Terpasa saya tambah kuantiti air lagi. Nasib baik saya cuma buat 1 cawan nasi jer. Dapatler dalam 35 biji apam yang molek2. Saya gunakan acuan lompang untuk mengukus. Sepatutnya acuan tu disapu dengan sedikit minyak tapi saya tak sapu. Itu yang melekat sikit masa nak mengeluarkannya dari acuan tu. Apap2 pun, rasanya memang sedap. Adik asyik berangkut ke atas jer...menjamu dua orang abangnya. Saya tanya pada Adik sedap ke tidak. Kata Adik sedap. Itu yang dia asyik berulang makan jer tu...




Ini pulak ialah Kuih Bakar lagi!!! Kuih kegemaran saya. Malam Selasa lepas rasa macam nak makan kuih ni lagi. Itu yang saya membakar juga walaupun dah agak jauh malam. Hhhmmm...lazatnya hingga menjilat jari!



1 comment:

bintufadeen said...

truja tgk blog akak.. :)
nk mintak resepi apam beras bole?
mak sy slalu buat tak jadi...
dulu2 je jd.... :(

p/s:tringin nak buat apam beras untuk fmly :)