Tuesday, March 9, 2010

Ayam Halia Lada Hitam



Semalam dah masak Siakap Kukus. Hari ini saya masak ayamlah pulak! Tapi ayam nak masak apa ya? Fikir punya fikir dan fikir dan fikir.....macam nak buat ayam masak lada hitam. Tapi nak goreng ke, nak bakar ke, nak kukus ke? Ayam dah saya keluarkan dari petiais sejak pagi tadi. Selepas Adik ke sekolah, saya pun menyinsing tangan baju (sebab pakai baju tangan panjang...) dan ke dapur. Sambil tu saya "on" kan TV2. Mana boleh ketinggalan mengikuti drama Korea "East of Eden"...dah nak sampai kemuncak tu setelah rahsia keturunan dan pertalian darah terungkai.

Ayam saya toskan. Sudukan serbuk lada hitam, jintan manis dan ketumbar. Tumbuk halia sebesar 2 ibujari tangan. Tambah sos cili dan sos tiram. Tambah sedikit Secukup Rasa. Gaulkan semuanya dan perap selama 1 jam. Sementara menanti 1 jam berlalu, saya menikmati hidangan East of Eden sambil menghirup Jus Jimi Asmara segelas.

Jam 1230 tengahari, baru saya ke dapur semula. Saya masukkan perapan ayam tu ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga separuh masak. Lepas tu celupkan ke dalam tepung goreng ayam dan goreng pula. Lebihan kuah perapan tadi saya masak hingga mendidih dan tambah sedikit tepung jagung untuk memekatkannya. Ayam yang telah siap digoreng, diatur di atas pinggan leper yang tleh dilapik dengan sedikit daun salad. Lepas tu jirus dengan gravy tadi. Lepas tu pergi jemput anak dari sekolah. Balik dari sekolah terus mereka menjamu selera... Saya namakan masakan ayam ini sebagai Ayam Halia Lada Hitam...


Kelainan rasa dengan campuran lada hitam dan halia..


2 comments:

fuzidss said...

samalah menu kita, saya masak Daging Halia masak lada Hitam

Azita Zain said...

macam janji2 jer ye...!