Sesiapa yang tak kenal buah rozel tu, inilah buahnya! Saya terserempak dengan buah ni masa saya ke pasar malam hari Rabu lepas. RM4 sekilogram tapi saya beli sikit aje. Adalah dalam 20 biji. 20 biji tu sikit ker? Nampak aje rozel tu, kepala terus terfikir nak buat smoothie. Mesti sedap!
Inilah hasilnya!!! Rozelle Smoothie!!! Memang sedap rasanya. Penyediannya sama seperti smothies yang lepas2. Cuma buahnya sahaja yang berbeza. Bila buahnya berbeza, namanya pun berbelah juga mengikut buah yang digunakan.
Yang ini saya punya..!
Yang ini pulak hubby punya...!
Buah rozel yang segar tu Abang Yang bawak ke sekolah. Nak tunjuk kepada kawan2 katanya. Mereka selalu dengar nama buah rozel tu tapi mungkin ada yang tidak pernah melihat rupa bentuk buat tersebut. Smoothie tu pun dia bawak juga sebotol sebagai bekalan...
No comments:
Post a Comment