Pagi ini anak2 bersarapankan Coco Crunch aje. Tapi selepas semuanya ke sekolah, macam teringin pulak nak makan apam. Kebetulan pulak dalam petiais ada stok air 7-Up. Hmmm...saya pun merajinkan diri untuk membuat Apam Senyum ni... Say buat cuma separuh adunan sahaja. Dapatlah dalam 66 biji. Banyak jugak tu...tapi dalam papercup yang molek2 aje. Masa tu cuma tinggal saya dan Adik sahaja di rumah. Adik makan banyak! Lepas tu bawak bekal ke sekolah lagi!
Cuaca hari ini pulak memang panas. Awal2 lagi dan ampai kain-baju. Panas2 cam gini memang cepat je keringnya...
Lihatlah panahan mentari ini...
Kalau tengah2 panas begini, alangkah sedapnya kalau dapat meneguk minuman yang sejuk2. Ya tak? Kebetulan hubby pulak balik tengahari tadi. Saya cuma masakkan sup sayur sahaja, dimakan bersama sedikit nasi. Dan saya sajikan Strawberry Smoothie ini sebagai minuman penghilang dahaga. Ahhhhh...nyamannya!
Nyaman jer bila lalu kat tekak...
Sebelah petang pulak, saya mencuba satu resepi baru sebagai kudapan...Jemput-jemput Nasi Tauhu. Ada baki nasi untuk makan tengahari tadi...adalah dalam sesenduk sahaja. Campurkan dengan sebiji tauhu dan dikisar. Lepas tu campur dengan tepung dan sedikit garam. Goreng macam goreng jemput2 lain tu... Sedap jugak rasanya, cicah dengan sos cili.
No comments:
Post a Comment