Monday, March 15, 2010

Mee Segera



Adui...kenapa tiba2 saja teringin nak makan mee segera ni! Nasib baik ada stok, kalau tak mesti berkejar ke kedai juga ni. Saya kalau makan mee segera, saya tidak gunakan langsung ataupun gunakan sedikit sahaja perencahnya. Dan saya suka letak sayur banyak2...sedap! Kali ini saya campurkan dengan beberapa jenis frozen foods - mushroom sausage, fish cake, chicken ball dan sotong ball. Telur mesti ada. Sayurnya ialah taugeh dan sawi. Mula2 saya masakkan bahan2 sayur dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk. Lepas tu barulah saya didihkan air untuk mencelur mee segera tu. Masa ni saya masukkan perencah mee tu sedikit. Biar ada rasa2 perencah sikit. Dah lembut, saya toskan sambil dijirus dengan air paip bertapis sambil lalu. Kemudian barulah saya masukkan ke dalam mangkuk berisi sayur2 tadi.


Ini versi yang dah siap digaulkan mee dan sayur2 dan sedia untuk dimakan. Jom menjamu selera!!!!

 

No comments: