Friday, March 5, 2010

Ayam Bakar Blackpepper



Salam hari Jumaat...penghulu segala hari. Menu hari ini ringkas sahaja...Ayam Bakar Blackpepper. Balik dari kerja semalam, hubby beli 2 ekor ayam...dah siap dipotong2. Memandangkan anak2 memang suka bahagian kepak dan paha, saya pun bakar bahagian tersebut sahaja. Adik sukakan paha dan anak2 yang lain berebutkan kepak. Ayam tu saya dah perapkan dari pagi lagi, semasa menyediakan bekal Adik untuk ke sekolah. Jadinya, rasa bahan2 perap tu menyerap ke seluruh bahagian ayam. Itu yang menambahkan kesedapannya. Makin lama diperap makin sedap. Jam 12 tengahari baru saya bakar. Sempatlah maak sementara menanti hubby dan anak2 balik.  Untuk blackpepper gravy pulak, saya cuma masakkan lebihan bahan perap, tambah sedikit air, serbuk lada hitam, madu dan bancuhan tepung jagung supaya pekat sedikit. Siapppp!!!


Ini bahagian kepaknya...


Ini bahagian pahanya...


Ini pula telah disapu dengan blackpepper gravy sebelum dimakan...

 

No comments: