Tuesday, March 23, 2010

Hujan Oh Hujan...!

Pagi tadi hujan lebat. Lebat sangat! Dengan hembusan angin yang aman menyamankan. Memang sedap duduk depan pintu yang terbuka. Tapi bukan le depan pintu utama...bahaya! Depan pintu gelungsur, yang dihalang dengan set sofa. Jadinya angin yang masuk tu terpaksalah belok kanan belok kiri sebelum terasa kenyamanannya. Sejuk sikit ruang dalam rumah. Dah sejuk2 cam gitu, memang sedap kalau dapat merebahkan diri smabil melelapkan mata. Kena pulak kalau ada selimut. Iiiisssshhh...mau terlajak sampai ke tengahari kot! Tapi saya tidak le cam gitu...cuma TERlelap je. Nasib baik Adik ada...bising2 mulut dia tu membaca buku2 cerita.

Mak, ujan lebat!!! (slang macam upin dan ipin jer...)

Best ler ujan lebat. Tak payah mak jirus pokok bunga...

Pokok bunga mandi air hujan tak demam ke?

Tak! Pokok memang kawan dengan air hujan tu...!

Adik pun nak mandi air hujan la....!

Isshhh...mana boleh! Demam nanti...!

Pokok tak demam, Adik pun tak demam le...

Apa nak jawab bila dia dah kata cam gitu???

Kan Adik dah belajar Sains, pokok kena ada air dan cahaya matahari kalau nak hidup. Air yang paling bagus untuk pokok2 ialah air hujan! Sebab tu pokok tak demam bila mandi air hujan. Tapi Adik mana boleh minum air hujan, kan? Adik kena minum air masak sejuk. Betul tak??

Ya lah!!! Adik tak mandi ujan...

3 comments:

kakpah said...

salam azita..
seronok mandi air hujan ni...

teringat masa kecik2 dulu selalu main hujan. Mak bebel pun buat tak reti je. Bila masuk rumah, kena sengat sebijik..wakaka..

Azita Zain said...

waalaikumsalam kakpah,
mmg seronok sebenonya mandi ayor ujan ni. tp ayor ujan skrg dah x bersih mcm dulu2...

Ummi Hajjah said...

salam ta...cara adik jawab dah menunjukkan bakat dia layak jadi lawyer....tapi yang pasti dia memang loyar buruk. Best dapat anak macam ni tau. Tak kering gusi kita dibuatnya.