Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Pagi tadi saya cuma sediakan Cheese and Sausage Roll ini sahaja sebagai juadah sarapan pagi. Selepas hubby pergi kerja dan Ayong ke stadium, 3 orang hero saya tu pergi berjoging di taman permainan yang berhampiran. Adalah dalam 40 minit mereka ke sana. Balik aje dari berjoging, mereka terus membersihkan diri sebelum bersarapan. Saya buat roll ini 7 keping roti je sebab cheesenya tinggal 7 keping aje. Setiap satu gulungan saya potong kepada 2. Saya cuma makan 3 potong, yang lainnya semua hero2 yang makan. Lapar kot balik dari joging tu...
Cara nak membuatnya sama je dengan Mini Sausage and Cheese Roll saya dulu tu...
Adik memang berkenan sangat dengan sosej dan cheese...
2 comments:
Huhu... bestnya! Cicah plak dengan Thai Sweet Chillie, mesti syok!
ita, anak2 kakpah kalau buat roti ni tak cukup satu bungkus roti gardenia yang panjang tu...
Post a Comment