Thursday, November 5, 2009

Majlis Leggang Perut

Hujung minggu lepas (Sabtu dan Ahad), kami balik ke Muar. MIL ada buat kenduri untuk majlis lenggang perut menantunya yang terbaru (biras saya, isteril BIL yang baru kawin bulan Mac lepas). Kenduri diadakan pada hari Sabtu selepas Maghrib. Kalau ikutkan turn, hari Sabtu lepas hubby tak kena kerja tapi terpaksa pergi kerja sebab boss dia panggil, ada meeting. Balik pun dah pukuk 2:00 petang. Siap gitu gini, jam 3:00 petang baru bertolak. Sampai di kampung jam 5:30 petang. Sempat jugalah menolong apa yang patut. Dan buah tangan yang saya bawak dari Pasir Gudang, masuk juga dalam bungkusan berkat!!!

Walaupun masa kian beredar, majlis begini masih lagi boleh didapati di sesetengah tempat. Lenggang perut...kenapa dipanggil lenggang perut? Nak dikatakan perut dilenggang pada masa tu, tidak juga. Kalau di kampung saya, di Perak, dulu2 memang ada upacara Lenggang Perut ni. Tapi sekarang orang dah tak buat lagi. Masa saya mengandung anak pertama dulu pun, emak dah tak buat upacara ini. Kebiasaannya upacara ini dilakukan untuk anak pertama je. Errr...ada sesiapa ke yang pernah melalui proses ini? Boleh berkongsi cerita!

Menu pada hari itu ialah nasi putih, ayam masak lemak cili padi, sambal goreng, acar, bubur hitam putih, buah tembikai, rojak lenggang perut, karipap, kuih koci, kek cokelat kukus lembab, puding roti, kek marble, dan tak ingat apa lagi! Banyak...sebab orang2 kat situ yang bagi.
Jom layan gambar2 yang sempat diambil hari tu...


Yang berbaju serba oren bertudung putih itulah biras yang akan "melenggang perut". Tak nampak macam orang mengandung, masih pakai baju kurung biasa....


Kaum Adam sedang menikmati hidangan...


Antara juadah dalam "berkat"...


Menu kenduri : ayam lemak cili api, sambal goreng, acar, buah2an, bubur hitam putih, karipap...



3 comments:

CikMin said...

kak ita...masa mengadung sulung dulu..cikmin melalui proses ni..tp tak bape hengat dah camne...

Fiza Nordin said...

wahhh besar jugak kenduri lenggang perutnye tu ye k ita...menu pun best2...

noorcahaya said...

ade gak org tny sy tak buat lenggang perut ke.. sy jawab... mane ade.. cukuplah keduri doa selamat time 7bln ritu