Muffin ni saya buat pagi tadi. Permintaan dari Abang Yang untuk dibawa ke sekolah sebab ada jamuan akhir tahun untuk kelasnya. Dalm kelas ada lebih kurang 40 orang pelajar, tidak termasuk guru2. Abang Yang dah beritahu saya tentang jamuan ini sejak hari Jumaat lepas. Hingga malam tadi saya masih berfikir2, apa nak masak untuk Abang Yang. Memang dia syorkan saya buat muffin je....senang! Ingatkan nak buat benda lain tapi setelah difikir2kan akhirnya saya menurut saja cadangan Abang Yang. Muffin yang saya buat terdiri daripada 3 jenis - Choc Chip, Blueberry dan Pandan. Harap2 cikgu dan kawan2nya suka muffin ini.
No comments:
Post a Comment