Untuk renungan diri sendiri dan dikongsi bersama semua pengunjung...
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan
Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah2 perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.
Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir : “Hari ini sahabat baikku telah memukulku”.
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama2. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah yang subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba2 dia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.
Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan : “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku”.
Sahabatnya bertanya, “Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?”
Jawab sahabat tersebut, “Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sampai bila2...”
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila2.
Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki : Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.
Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri.
Jesteru itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Butiran Kebijaksanaan :

- Seseorang yang meletakkan kedukacitaan terhadap dunia sebagai perkara utama berbanding urusan akhirat akan mengundang malapetaka dan kerosakan.
- Manusia tidak menyedari bahawa mereka selalu membalas kebaikan Tuhan dengan melakukan kejahatan. Membalas rezeki dengan dosa.
- Manusia selalu tertipu bila keaiban dirinya tertutup. Ia merasa selamat dan tidak bertaubat serta menangguhkan amal.
- Hamba yang baik sentiasa memupuk rasa malu kepada Allah dan sering mengingatiNya.
- Manusia yang tidak mengenal Allah secara mendalam akan mengutamakan makhluk sehingga tidak merasa takut kepada kemurkaanNya.
5 comments:
Alhamdulillah, hari ini aku bersyukur dan sangat gembira dengan ilmu yang aku perolehi daripada warkah blog ini. Terima kasih......
salam kak,
Buku ni memang sronok dibaca brulang kali.boleh jadi sebagai penguat semangat dan motivasi.Thanks 4 sharing the info.
Salal kak ita
baru saya nak tulis artikel kisah 2sahabat ni...sbb pk nak share dgn yg lain..lg pun kisah pasir dan batu ni mmg berkesan dihati..kena baca berulang kali utk dpt maksud sebenar...tapi kak ita dah mendahului..x per la..saya share yg lain plak nanti...tq2
salam azita..bagus jugak sekali-sekali letak artikel mcm ni..
sedapnya tenguk nasi hijau kamu tu..mesti anak-anak suker..
kek coklat lembab bakar tu rasa sama ker dengan kukus punya...ataupun mana yang paling best..
cikgu zam :
terima kasih kerana berkunjung. moga ilmu ini dpt kita kongsi bersama.
aie :
mmg seronok baca buku ni. tak membosankan dengan cerita yg bersahaja tetapi penuh makna yang tersirat.
NJ :
buku ini mmg amat mudah difahami. carilah satu sebagai panduan. cerita yg dipaparkan semuanya yang berlaku seharian...apa yg kita lalui sekarang. senang difahami..
kak ina kl :
saya akan terus buat begini sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya sendiri, selebihnya untuk dikongsi bersama semua pembaca yg datang berkunjung. moga ianya mendatangkan manfaat kpd kita semua.
nasi ayam ijau tu tak cukup sepriuk. kejap jer abisnya.
kek cokelat kukus tu, versi bakarnya tak sempat saya rasa sebab saya dah bagi pada cikgu2 kat tadika Adik. versi kukusnya mmg sedap, lebih2 lagi setelah overnight...moist je!
Post a Comment