Salam untuk semua. Aidil Adha dah nak sampai ke penghujungnya. Saya baru nak update cerita raya korban ni. Tak ada yang istimewa pun. Kami tak balik ke kampung pun, sekadar beraya di Taman Pasir Putih ni saja. Ramai jiran yang balik kampung. Kat deretan rumah saya ni, cuma tinggal saya dan jiran sebelah rumah saja. Itupun sebab anak sulungnya sedang menghadapi peperiksaan SPM. Kalau tak, mesti mereka pun balik kampung jugak.
Petang Khamis tu saya dah mula memasak untuk pagi raya la konon2nya. Masak yang ringkas2 aje. Tapi tak sempat nak tunggu sampai pagi raya pun...separuh dah abis! Dan pada pagi raya tu, berebut2 pulak anak2 nak makan. Apa yang saya masak? Tengok je gambar kat bawah nun....!
Pagi raya kali ini hubby bawak Adik pergi ke masjid untuk sembahyang sunat Aidil Adha. Macam tak percaya pulak saya sebab Adik ni bukannya jenis boleh duduk diam. Nanti dia kacau pulak orang bersembahyang. Balik2 aje mereka dari masjid, soalan pertama yang saya ajukan pada Adik ialah, "Adik kacau orang sembahyang tak?". Abang Yang yang tolong jawabkan, "Tak...tapi dia ambil songkok orang tengah sembahyang". Bertuah betul Adik ni!!!
No comments:
Post a Comment