Saturday, November 7, 2009

Buah Tangan Dari Teman


Buah tangan ini saya adalah pemberian bekas teman sekerja, Mahani. Beliau telah pergi ke Korea pada hari raya ke-3 hari tu kerana menghadiri kursus selama seminggu. Lama dah tapi baru nak tunjuk sekarang. Lagipun hubby baru aje bawak balik dari office petang tadi. Hari tu Mahani dah lalu depan rumah untuk hantar benda2 ni tapi masa tu saya ada buat makan2 untuk rakan2 setaman sempena hari raya. Dia malu pulak nak singgah, lagipun dia baru balik dari kerja, lengkap berpakaian seragam. Itu yang dia segan tu. Dia serahkan benda2 ni melalui hubby tapi ada juga cerita disebaliknya.

Pada envelop yang dia isi barang2 ni, dia tulis nama hubby dan jabatan. Biasanya kalau macam tu, benda2 yang diterima adalah untuk jabatan tu secara umumnya. Semalam hubby ada cerita yang Mahani bagi cokelat pada jabatan dia. Saya pun ceritakanlah yang sebenarnya cokelat2 tu adalah unutk saya. Hubby saya tak tahu, itu yang dia bagi2 pada staff di jabatan dia. Nasib baik selepas balik dari solat Jumaat tu, masih ada baki yang belum habis dimakan oleh staff2 hubby. Hubby pun cepat2 kutip semula dan bawak balik petang tadi. Si pemberi (Mahani) tak tahu cerita lagi ni...

Selain dari cokelat tu, ada juga benda gantung2 pada handphone tu (dipanggil apa ya??) berbentuk gendang Korea dan juga fridge magnet dari Bumi Kenyalang. Kepada Mahani...THANK YOU VERY MUCH!!!!

2 comments:

NJ said...

salam kak ita
tergelak saya baca n3 ni ar tadi..gelak kat bos engineering tu la ley bagi kat staff2 dia plak.. adoii..mmg biasa mcm tu..kalau x mention nama sape punya barang tu..kompem la dibagi sama rata,lg pun dorang pk mahani bg ole2 dr korea la tu kan.. sib dpt amik balik kan..kalau x makan pun tu kan kenangan dr kawan..lawak2..hehehe

Azita Zain said...

NJ :
itulah dia...sib baik ada balance sikit lg. merasalah jugak..