Semalam, Ayong dan 2 orang kawannya berkumpul di rumah saya untuk menghadiri sesi latihan persembahan bersempena dengan jamuan perpisahan mereka. Maklumlah, mereka sekarang di Form 3. Entah2 tahun depan mereka akan berpisah sebab mungkin mereka akan menerima tawaran2 untuk belajar di sekolah2 yang lain. Pada 17hb nanti, semua kelas KRK (Kelas Rancangan Khas) akan mengadakan jamuan perpisahan dan sesetengah daripada mereka kena buat sedikit persembahan. Ayong, Basyirah dan Nabila telah menubuhkan satu kumpulan dan persembahan mereka ialah nyanyian disamping bermain alat2 muzik. Basyirah sebagai penyanyinya manakala Nabila akan bermain gitar dan Ayong pulak bermain organ elektronik. Semalam mereka berlatih dari jam 11:00 pagi hingga 2:30 petang.
Sesi latihan...
Semasa mereka sedang berlatih, hubby, Adik dan saya pulak keluar sebab hubby nak pergi ke Maxis center untuk check Blackberrynya yang tidak boleh browse internet, bluetooth dan MMS. Jadinya kami telah ke Maxis Service Center di Danag Bay tapi menurut mereka yang bertugas, Maxis tidak memprogramkan unit tersebut untuk tidak boleh browse internet, bluetooth dan MMS walaupun pengguna menggunakan provider lain sepeti Digi dan Celcom. Huuby adalah pengguna Digi dan internet unlimited. Sayang je sebab tak boleh nak browse internet. Tapi kalau gunakan SIM card saya, tak ada masalah pulak. Semua fungsi boleh berfungsi dengan bagus. Pekerja Maxis tu cadangkan kami ke Digi Service Center pulak untuk check apakah masalahnya. Jadinya kami terus ke Jusco Tebrau City untuk ke Digi Service Center. Malangnya mereka pun gagal untuk meyelesaikan masalah. Sebaliknya mereka mencadang hubby ke Digi HQ di Taman Molek tapi mereka beroperasi semasa waktu pejabat sahaja. Kami pun balik dengan sedikit perasan hampa...

No comments:
Post a Comment