Monday, November 30, 2009

Kesyukuran Seindah Korban

Salam kesyukuran seindah korban untuk semua pengunjung. Selari dengan tajuk entry kali ini, ianya berkaitan dengan ibadah korban. Seperti tahun2 yang lalu, kumpulan kami mengadakan ibadah korban lagi. Kali ini 2 ekor lembu dikorbankan. Hubby ambil satu bahagian dengan menamakan Ayong sebagai penamanya. Tahun lepas dah buat atas nama saya. Dan InsyaAllah, tahun2 mendatang akan dibuat untuk anak2 yang lain pula.

2 ekor lembu korban dengan 14 penama / bahagian. Pada yang mampu, mereka ambil lebih daripada satu bahagian. Proses penyembelihan dilakukan di taman berhampiran. Begitu jugak dengan proses melapah, menimbang dan pembahagian...semuanya dilakukan di tempat yang sama. Proses penyembelihan bermula seawal jam 7:30 pagi. Tukang sembelihnya ialah Pak Imam. Saya cuma sempat melihat proses penyembelihan untuk lembu yang kedua aje. Proses penyembelihan lembu yang pertama tak sempat nak tengok.

Lembu kali ini tidaklah gemuk sangat, setakat sedang2 aje. Yang seekor tu kami dapat 71kg dagingnya dan yang seekor lagi tu kami dapat dalam 84kg. Untuk penama2, setiap orang mendapat 3kg dari lembu bahagian sendiri dan 1kg dari lembu bahagian yang satu lagi. Manakala bahagian tulang2 pulak diberikan kepada penama2 dan juga kepada "pelapah2" yang bukan terdiri daripada penama2. Bahagian dalaman pulak, kami serahkan kepada seseorang untuk dimasak sebelum diagih2kan.

Alhamdulillah! Semuanya telah selamat kami agih2kan kepada penduduk setaman dan juga mereka yang memerlukan. Moga tujuan dan matlamat ibadah korban kami kali ini mendapat keberkatan daripadaNya.


Proses penyembelihan lembu ke-2 oleh Pak Imam...

Gambar ni saya yang snap sendiri. Inilah pertama kali dalam hidup saya, saya melihat secara terang2an proses penyembelihan lembu. Sebelum ni saya tak pernah tengok berdepan macam ni, sekadar dari belakang je. Sebab itulah bila balik aje ke rumah, kepala rasa pening hingga ke keesokan harinya. Agaknya penangan "pengalaman" ini kot...!




Proses melapah...


Anak2 bermain dengan kepala lembu sementara bapa2 melapah...


Macam terowong pulak setelah isinya dikeluarkan...

Proses melapah daging...


Kaum ibu memotong kecil2, menimbang dan membungkus...


Merehatkan diri sambil makan2 selepas selesai pembahagian dan pengagihan...


Mentadak pun datang menolong gak...


No comments: