Thursday, November 5, 2009

Juadah Pisang

Nama pisang ni "Pisang 44 Hari". Kenapa 44 hari? Kenapa tidak 40 hari? Wallalhhu'alam... Masa balik dari kampung hari tu, FIL bekalkan pisang ni setandan. SETANDAN!!! Bunyinya macam banyak sangat tapi unutk makluman semua, pisang ni saiznya cinonit je...! Kecil2 molek! Walalupun setandan tapi kuantitinya sikit je. Sebiji pisang tu boleh di"ngap" sekali je. Kena pulak yang mulut agak besar sikit, 2 biji pun belum tentu cukup penuh. Dalan setandan tu cuma ada 5 sisir aje.

Sesisir saya masak Masak Lemak Pisang, sesisir lagi saya rebus aje dan bakinya saya biarkan masak di tandan. Adik paling suka makan pisang ni (emaknya lebih2 lagi....hehehe).


Percaya tak baki pisang yang ditandan ini ialah 3 sisir?



Sesisir pisang yang telah direbus makan bersama kelapa parut + gula. Best..!!!!


Sesisir lagi telah selamat ku gulaikan!


2 comments:

CikMin said...

bunyik mcm pantang 44hari lak ye kak...

Azita said...

bunyik jer...tp masa pantang nanti jgn pulak le cikmin makan pisang ni. lain lak jadinya nanti...