Selepas je kami minum petang tu, tiba2 terdengar bunyi pembesar suara di jalan. Ingatkan lori "suratkhabar lamaaaa, komputer, besi buruk, bla...bla...bla.." ataupun lori "tilam...tilam...! tilam lama tukar baruuuu!!!!" Tapi rupa2nya pengumuman tentang proses penyemburan asap untuk menghalau @ membunuh nyamuk. Katanya semua penghuni diminta untuk keluar dari rumah, tutup semua tingkap dan makanan dan biarkan pintu terbuka. Waktu tu dah jam 6:50 petang. Dah nak masuk waktu maghrib... Malas le kami nak keluar rumah maghrib2 ni. Saya dan anak2 pun berkurung je kat dalam rumah. Masa tu hubby belum balik kerja lagi. Bila dengar je orang tu menyembur asap kat depan rumah, anak2 sibuk nak mengintai. Saya larang sebab nanti penuh lak asap dalam rumah dan mereka pulak yang menghidu asap tu nanti. Tapi sempat gak saya curi2 snap gambar "kereta berasap" ni....!
No comments:
Post a Comment