Monday, November 23, 2009

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dua minggu berturut2 kami mengadakan majlis Akhwatul Muslimah ni. Hari Sabtu lepas (21hb November 2009) majlis tersebut telah diadakan di rumah Puan Salina binti Selamat (Lin) di Jalan Senangin 1. Majlis berlangsung dalam suasana dan cuaca yang nyaman dan redup sebab hari hujan.

Dan telah menjadi rutin dalam setiap majlis AMTPP ni, majlis dimulakan dengan Zikir Munajat, diikuti oleh bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat. Majlis kali ini juga diterajui oleh Kak Pah dan Kak Normah. Dan untuk kali ini, Kak Izan tidak menyampaikan sebarang tazkirah sebaliknya beliau menerangkan serba sedikit tentang program yang akan kami langsungkan pada 12hb Disember nanti iaitu satu program khas yang telah dirancangkan dalam bentuk ceramah berkenaan kesihatan wanita dan keluarga, motivasi dan pemantapan fardu ain. Program pertama yang akan berlangsung bulan Disember nanti adalah penerangan mengenai kesihatan wanita oleh seorang doktor jemputan. Saya lupa pulak siapa nama doktor tersebut tapi yang pasti ialah seorang doktor perempuan.


Inilah dia tuan rumah untuk majlis AMTPP kali ini...Puan Salina binti Selamat (Lin)...


Masa ni tengah dengar Kak Izan bagi penerangan pasal program ceramah tu...


Masing2 tengah khusyuk mendengar penerangan dari Kak Izan...


Tengoklah Kak Izan tu....penuh semangat!!!


Close-up sikit mereka2 yang hadir...



Salah satu buku yang diperkenalkan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Masing2 sibuk membelek buku tersebut. Berkenan ke?? Cari sendiri kat kedai buku ya...!


Masing2 menjamu selera di akhir majlis... Jangan malu2 ya....silalah makan!!!


Sebahagian daripada menu yang disediakan oleh tuan rumah. Mewahnya...!!! (Pssstttt... Puding Roti yang kat sebelah apam kaler kuning tu, buah tangan dari saya...hehehe...promote sikit!)


No comments: