Petikan dari buku U-Turn Ke Jalan Lurus.Untuk renungan diri sendiri dan dikongsi bersama semua pengunjung...
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya
Di sebuah perkampungan terpencil di India, tanaman dan harta benda penduduknya sering dirosakkan oleh monyet2 liar. Mereka perlu membenteras monyet2 liar agar tidak bermaharajalela. Untuk menangkap haiwan separa pintar ini bukanlah tugas yang mudah. Namun, setelah membuat penelitian mendalam, mereka menggunakan satu kaedah unik dan berkesan.
Apa yang dibuat ialah, mereka membuat sebuah kotak kayu lalu dipakukan ke lantai. Di bahagian atas kotak tersebut dibuatkan lubang kecil sebesar ukuran tangan monyet. Lubang itu hanya boleh dimasuki ketika jari2 tangan dikuncupkan. Di dalam kotak itu pula diletakkan makanan. Setelah siap, kotak itu dibiarkan.
Monyet2 pun datang. Mereka mula menghulurkan tangan ke dalam kotak melalui lubang sempit itu untuk mendapatkan makanan.
Makanan digenggam dan cuba ditarik keluar. Apa yang berlaku, tangan mereka tersekat kerana tangan yang penuh dengan makanan tidak mungkin dapat melepasi lubang itu.
Pada saat inilah ketika sedang terkial2, penduduk kampung datang menyerbu dengan kayu beruti pejal. Mereka memukul dengan kuat monyet malang itu sehingga remuk tengkorak. Luka pada tubuh monyet sangat dalam dan darah terpercik di serata tempat. Jeritan dan raungan adalah bahasa kesakitan yang tidak dapat digambarkan.
Yang hairannya, ketika mana keadaan gawat dan mereka sedang menanggung kesakitan, monyet2 itu masih lagi menggenggam makanan dengan kuat dan tidak mahu melepaskannya. Tangan terus terlekat pada kotak dan monyet terus dipukul hingga mati. Cerita ini amat menyayat hati. Kesukaan dan keghairahan kepada makanan itu menyebabkan monyet tidak boleh melepaskan makanan itu walaupun sebentar untuk lari menyelamatkan diri. Kesukaan dan keghairahan itu membunuh mereka!
Namun, keadaan sama berlaku kepada manusia yang mendakwa pintar. Begitu banyak pengalaman dalam hidup ini memberi isyarat dan mesej jelas, bahawa ada perkara yang disukai dalam hidup ini tetapi ia membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Manusia malang tidak mahu melepaskan seperti perangai monyet malang dengan makanan. Sebaliknya mereka terus menerus membuat, mengulang2 kesalahan, merasi kesan serta akibat bersama kesakitan dan menderitainya sampailah saat hancur binasa.
Ingat dan sentiasa ingat, bahawa bukan semua yang kita sukai itu akan memberikan kesukaan dan keseronokan pada akhirnya.
Butiran Kebijaksanaan :
- Seringkali berlaku manusia membalas balik kebaikan yang diberi oleh Allah dengan melakukan kemaksiatan.
- Manusia yang tertipu tidak mengendahkan kitab Allah kerana wang ringgit dan kesenangan sementara.
- Mereka mengabaikan rumah Allah sebaliknya menghias, memperindahkan dan memakmurkan rumah sendiri sahaja.
- Sering berkata inginkan kebaikan tetapi sikapnya jauh daripada kebaikan tersebut.
- Sering memperkatakan tentang kebebasan dan kemerdekaan tetapi menjadi hamba dunia yang tegar.
- Untuk diperkenankan permohonan oleh Allah berserta gandaan yang lebih daripada apa yang dijangkakan adalah dengan berdoa serta mengikhlaskan hati semata2 kepadaNya.
No comments:
Post a Comment