Friday, November 20, 2009

Masak-Masak Hari Khamis

Hari Khamis lepas, saya cuma masak telur separuh masak untuk dimakan bersama kepingan roti sebagai hidangan sarapan. Kena buat yang ringkas je sebab mengejar masa. Nak kena masak kuih untuk Abang Yang bawak ke sekolah pulak. Kali ini dia pulak ada jamuan akhir tahun. Ingat tak minggu lepas saya ada buatkan dia muffin? Sebab katanya ada jamuan akhir tahun pada 9hb November lepas. Rupa2nya dia tersalah dengar. Cikgu kata 19hb November, bukannya 9hb November!!!! Apalah Abang Yang....! Kali ini saya buatkan dia Apam Comel Inti Blueberry. Nak buat apam comel ni lebih mudah daripada nak buat Apam Mekar ataupun Apam Senyum tu. Nak buat apam comel ni tak perlu dipukul bahan2nya secara berasingan ataupun step-by-step. Masukkan je semua bahan ke dalam mixer dan pukul sampailah adunan putih pekat. Lepas tu bahagilah adunan kepada berapa warna yang kita nak. Macam yang ni, saya buat 3 warna - pink, hijau dan kuning. Asal-usul apam ini adalah Apam Comel Inti Kelapa tapi saya tak isi init kelapa, sebaliknya saya isikan dengan blueberry. Jadinya namanya kenalah tukar ikut inti apa kita guna ya....! Resepi asal dari Lilydvalley di MyResipi....


Warna2 yang menyegarkan mata...gebu, lembut,sedap....!


Haaa...tu nampak tak blueberrynya dah mengintai...!


Haaa...yang ni plak dah dibelah untuk tunjukkan isi perutnya...!


Sebenarnya saya tak sihat...bersin non-stop dan air hidung asyik meleleh je. Biasanya bila masalah ini melanda, puncanya ialah daripada habuk...! Saya memang alah sangat dengan habuk. Itu sebab setiap kali saya mengemas rumah - menyapu atau mengemop - saya mesti tutup muka saya dengan tuala "good morning" tu. Saya ikat kedua2 hujungnya ke belakan kepala. Kalau saya tak buat macam ni, mesti kena selesema. Tapi semalam (Rabu), saya tak tutup hidung dan mulut saya semasa mengemas. Ingatkan nak buat sikit je tapi akhirnya saya mengemas hingga ke tingkat atas.

Selepas selesai memasak apam ni, saya terus telan pil selesema. Biasalah...bila kena dengan pil ni, mesti saya "pengsan"...tidur lena sangat!!! Tapi lepas tu selesema mesti hilang! Selepas anak2 semua dah ke sekolah, saya pun membaringkan diri di atas katil dan lelap dengan lenanya.

Dalam sedap2 lena tu, telefon rumah pulak berdering. Ah...mengganggu betul!!! Rupa2nya biras saya datang bersama anaknya yang sama usia dengan Adik tu. Dia nak tumpangkan anaknya kat rumah saya. Alamak! Dengan keadaan saya yang macam ni....! Dia siap bawak bekal nasi ayam. Dah selesai anaknya nakam, barulah biras saya ni pergi semula ke tempat kerja. Kena pulak masa tu hujan...cuaca agak gelap. Memang sedap kalau dapat tidur!!! Saya pun ajaklah si Reza tidur sekali tapi bukan le dalam bilik...cuma depan tv tu je, kat living room. Memang sedap tidur! Tepat jam 3:05 petang, alarm kat handphone pulak berbunyi. ..menandakan Adik dah nak balik. Terpaksa bangun untuk jemput Adik dari van dalam hujan2 tu. Selepas Adik selesai makan dan mandi, saya ajak dia baring bersama2. Apa lagi....tidurlah!!!!

Setelah terjaga semula dan selesai solat Asar, saya gorengkan kentang ni untuk dimakan bersama Reza dan Adik. Reza bangun dulu daripada Adik, jadinya kami makan dulu. Saya cuma gaulkan kentang tu dengan sedikit garam sebelum dipicitkan cili sos keatasnya. "Sedaplah Mak Uda masak ni!," kata Reza. Mak Uda gorengkan aje....! Diminum pulak dengan nescafe tarik. Mula2 tu Reza nak minum air masak je tapi bila saya letak ketulan ais dalam cawan dia, laju je dia minum nescafe tu.



Kentang goreng bersalut sos cili...

Nescafe Tarik...


Terlebih rajin la pulak! Ada baki pisang berangan 4 biji, daripada terbiar tidak dimakan, saya cupcakekan. Saya gunakan resepi Kek Pisang Sempoi yang selalu saya gunakan setiap kali saya buat kek pisang. Untuk buat kek ni saya cuma gunakan 3 biji je. Baki sebiji tu saya potong2 dan letakkan kat atas cupcake tu sebelum dibakar. Kalau tengok cupcake kat bawah ni, rupanya memang "buruk" sikit sebabnya saya bakar lagi sebelah pagi tu. Konon2nya nak garing lagi...! Apa2 pun, rasa kek ini memang gebu dan sedap. Idea cupcake ni saya dapat dari AmFlora. Thanks Am for the great idea!!!



No comments: