Thursday, November 5, 2009

Rojak Lenggang Perut


Pernah tak dengar nama rojak ini? Rojak Lenggang Perut...! Unik kan? Rojak ni hanya boleh didapati dan dibuat semasa upacara melenggang perut sahaja. Saya pun baru tahu hari Sabtu lepas. Semasa kaum Hawa nak menyiapkan juadah tersebut, mereka kekurangan bahan2. Masa tu cuma ada timun dan nenas sahaja. Jadinya saya dan hubby telah diarahkan untuk membeli buah2an lain untuk dimasukkan sekali. Jumlahnya mesti 7 jenis, maknanya saya kena beli 5 jenis buah lagi. Nasib baik masa tu ada pasar malam di Parit Tengah. Kami pun bergegas ke sana. Dapat le cari buah epal merah, epal hijau, pear, lai dan jambu madu. Cara penyediaannya senang je. Semua buah2an tu dipotong dadu kecil2, campur dengan cili merah dan bawang yang dipotong halus serta gula secukup rasa. Sama macam buat jelatah (orang Perak tau le benda ni...) cumanya yang ini dipotong dadu kecil2. Itu je...

No comments: