Thursday, December 31, 2009

Alahai! Kasut Sapa Pulak Ni???


Hari pertama ke sekolah. Perginya tadi saya hantar tapi balik dah naik van. Van baru tau! Plastik pun belum tanggal lagi....




Haaaa...kasut sapa pulak ni???

Inilah kasut yang Adik pakai masa balik dari sekolah tadi. Kasut ni kepunyaan Alya Mahirah. Siapa dia?? Entah, saya pun tak tau. Kata Adik, dia cari kasut dia tapi tak ada. Dia pakai je kasut yang ada. Isshhh...mesti mak budak tu pun heran jugak sebab anaknya pun dah tentu balik dengan kasut lain. Kalau setakat mereka berdua je tak apa tapi kalau melibatkan budak2 lain lagi, macamana??? Pening....!!!

Tingkatan 4 Bila Pulak???



Hari Isnin lepas (28hb Disember 2009) adalah hari untuk membeli buku2 tulis tapi Ayong tak pergi sebab ada latihan pancaragam. Lagipun, buku2 yang diperlukan tak tau lagi mana yang perlu sebab tak tau lagi aliran mana yang akan Ayong ikuti.

Tadi, selepas bayar yuran SATPP, kami keluar makan tengahari bersama hubby. Dalam perjalanan balik, pusing kat depan sekolah Ayong, SMKPG, nak tengok banner kat atas tu. Nak tau bila nak daftar persekolahan sesi 2010. Tapi yang tertera kat banner tu, tak ada pulak menyatakan pendaftaran untuk Tingkatan 4. Jadinya BILA???? Tak perlu daftar ke???



Ini pulak ialah saki-baki lunch kam tadi. Dah abis licin baru teringat nak snap gambar. Apa yang kami makan? Nasi Ayam Goreng bersama air sirap bandung dan teh ias limau.



Yuran Sekolah Agama


Selepas menghantar Adik ke tadikanya, saya terus pulak ke Sekolah Agama Taman Pasir Putih. Hari ini dan esok (31hb Disember 2009 dan 1hb Januari 2010) merupakan hari untuk membayar yuran dan pendaftaran murid2 baru. Disebabkan Abang Yang dah Darjah 5 jadi tak perlu mendaftar lagi, sekadar membayar yuran sahaja. Yurannya.... agak mahak juga berbanding dengan sekolah kebangsaan. Jumlah yuran sahaja ialah RM111.00 untuk murid Darjah 2, 3, 4 dan 5. Murid Darjah 6 ada tambahan RM40.00 lagi dan murid Darjah 1 ada tambahan RM5.00. Duit untuk kitab dan lain2 lagi ialah RM93.20. Jadinya jumlah yang saya bayar tadi ialah RM204.20. Ishhhh....mahal kan? Tapi demi pelajaran anak2, berapa kosnya pun sanggup ibubapa korbankan.

Saya pergi ke sekolah agama dah lebih jam 11:00 pagi, jadinya dah tak ramai ibubapa yang kelihatan. Alhamdulillah, saya pun tidak perlu menunggu lama sebab di depan saya cuma ada 2 orang ibubapa sahaja, seorang yang sedang menunggu dan seorang lagi yang sedang berurusan. Dah le nak naik tangga ke tingkat yang paling tinggi amat memenatkan. Nasib baik urusan cepat selesai, kalau tak...hangin jugak kot!


Sebelum naik ke kelas, mencari2 nama Abang Yang di papan kenyataan. Mana ke nama dia....

Kelas 5 Al-Hambali, Bilik 10, 3:30 petang ~ 6:30 petang. Mana pulak nak cari Bilik 10 ni?



Oooo...adapun carta kelas ni! Memang amat menolong!! Mak oooiiii...Bilik 10 kat tingkat atas sekali, kat hujung sekali!!!!



Dah tak ramai ibubapa dan penjaga yang memeriksa senarai nama anak2 di papan kenyataan...


Inilah ustazah guru kelas Abang Yang....Ustazah Roaini...


Adik Dah Mula Bersekolah!

Orang lain masih dalam mood cuti sekolah tapi Adik dah mula bersekolah hari ini. Hari ini dan esok Tadika Pintar Bistari dah memulakan sesi persekolahan tahun 2010. Tapi hari Isnin nanti, cuti sebab cikgu2 dan ibubapa akan menguruskan kemasukan anak2 ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah pulak.

Dari semalam lagi Adik dah asyik bertanya bila nak ke sekolah. Tak sabar2 rupanya. Buku sekolah dah berapa puluh kali dibelek2 dan cuba2 nak "menyonteng". Pembaris pun, belum apa2 lagi dah bengkok. Pensel pun sama...mata pensel dah patah! Itu sebab beg Adik kena sorok sebelum tiba waktu persekolahan!



"Eeee....bestnya nak gi sekolah...!"


"Apa aku nak buat kat sekolah ari ni ya?"


Cikgu2 sedang mengatur barisan murid2 sesi pagi yang dah nak balik...


Kaunter2 pendaftaran van sekolah...


Wednesday, December 30, 2009

Makan-Makan

Selepas jalan2 kat Putrajaya tu, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang. Emak dan Kak Ngah (anak sedara saya) turut serta. Seminggu emak bersama2 kami di Pasir Gudang. Tapi tak bawak emak jalan mana2 pun sebab emak tak berapa sihat dan hubby pulak terus2an bekerja.

Makanan? Emak saya tu banyak penyakit jadinya tak boleh makan sebarang. Yang manis2, yang masin2 kena tolak ketepi. Kalau setakat nak jamah sikit tu, tak ada masalah. Itu yang saya tak berapa nak memasak macam2 tu. Selera emak lebih kepada sambal2, ulam2 dan ikan masin. Ikan masin ni pun kena control sebab ada darah tinggi. Masakan yang lain2 tu cuma yang biasa2 je.



Banana split untuk anak buah yang datang...


Apam Comel Berinti Blueberry...


Puding Roti...

Jalan-Jalan Di Putrajaya

Layan gambar ajelah ya...!


Jambatan ni berhampiran dengan rumah adik tu...


Dengan mak, SIL anak2 dan anak2 sedara kat atas jambatan tu...


My family...


Berlatarbelakangkan JPM...


Anak2 bersama sepupu mereka - Wawa...












Terpikat dengan bunga ni...dan gatal tangan gi amik anaknya...hehehe...leh kan?


Tuesday, December 29, 2009

Ke Puchong Permai

Hari Sabtu tu pulak (19hb Disember), kami ke Taman Puchong Permai pulak. Ke rumah emak saudara saya (adik perempuan emak...). Kami ke sana dah tengahari sebab Eje (adik saya kat Putrajaya tu...) terpaksa ke office dulu. Dia bekerja di IT Dept, Fakulti Sains, UPM Serdang. Entah ada emergency apa terpaksa dia ke sana dulu selepas ke pasar dengan Maz (SIL saya) membeli lauk dan sayur2 serta sarapan kami pagi Sabtu tu.

Saya dengan emak saudara saya yang di Puchong Permai tu (Wan Chu), agak rapat juga sebab semasa saya belajar di ITM Shah Alam dulu (kini dikenali sebagai UiTM), saya banyak menghabiskan masa di rumah meraka di Jalan Klang Lama. Pak Chu sebenarnya baru aje discharge dari hospital sebab sakit tulang belakang kat bahagian pinggang. Kata doktor, ada kuman kat situ. Kesian tengok Pak Chu, badannya dah kurus, berjalan pun dah perlukan sokongan. Masa kami pergi melawat ari tu, keadaannya dah banyak berubah, dah bertambah baik walaupun berjalan terpaksa menggunakan tongkat. Pak Chu ni seorang yang amat aktif di kawasan kediamannya. Itu sebabnya tak putus2 orang datang menziarah. Masa kami sampai hari tu, penuh rumah tu dengan jiran tetangga yang datang melawat. Terpaksa kami menggunakan pintu belakang untuk masuk ke rumah.


Pak Chu Zamri


Wan Chu Azizah


Kami yang datang melawat...


Tak Ada Cerita Best!

Salam sejahtera untuk semua. Ni baru nak bercerita pasal kiash balik kampung 2 minggu lepas. Baru hari ini ada kelapangan sikit untuk bercerita.

Sebenarnya saya cuma berada di kampung selama 2 hari setengah je. Sebabnya, saya sampai kampung pada subuh hari Rabu dan bernagkat ke Putrajaya pulak pada awal petang Jumaat tu (Awal Muharram). Jadinya, betullah 2 hari setengah je, kan??? Ha...tolong kirakan dengan jari, betul tak? Kat kampung tak ada apa2 yang istimewa sangat nak diceritakan. Cadangnya nak bawak Adik ke "Tambun - Dunia Yang Hilang" tapi hajat terpaksa dibatalkan sebab tak ada geng nak pergi. Takkan le nak pergi berdua dengan Adik je, kan? Tak best le. Ada gak mesej2 ngan Chik Mi, angan2 nak jumpa di "Tambun - Dunia Yang Hilang" pada hari Sabtu tapi hajat yang ini pun tak tercapai sebab saya dah ke Putrajaya pada hari Jumaat tu. Tak apalah, mungkin lain kali kami boleh bersemuka....kan Chik Mi???

Kat kampung pun tak ghairah nak snap gambar. Entah le...tiba2 je rasa macam tak ada mood nak pegang kamera. Cuma ini je yang saya snap....ABC Special ngan Mee Kari. Dalam hujan2 tu saya order ABC dan mee ni dari gerai SIL bersebelahan rumah emak.


ABC


Mee Kari

Kami menaiki bas ekspres dari pekan Chemor pada jam 3:15 petang. Sampai ke KL dalam jam 6:15 petang. Turun di Puduraya tapi disebabkan oleh jalan yang sesak, semua penumpang disuruh turun berhampiran dengan Hospital Tung Shin (betul ke...???). Then Bam (adik saya yang ke-5) dan Yanti (SIL saya) datang jemput kami kat situ sebelum terus ke Putrajaya ke rumah adik saya yang ke-3. Maghrib baru sampai ke Presint 8 tu. Alhamdulillah...perjalanan untuk hari tu dah selamat!


Friday, December 25, 2009

Kembali Bersiaran!

Salam sejahtera untuk semua pengunjung. Selepas hilang lebih seminggu, kini saya kembali bersiaran! Ke mana menghilang? Hmmm...ada cerita disebaliknya. Saya cerita yang ringka2 je dulu ya. Minggu lepas saya balik kampung, ke Chemor, Perak, bersama dengan Adik je. Balik naik bas dari Johor Jaya hari Selasa minggu lepas. Bas bertolak jam 9:30 malam dari JJ Square. Lepas tu singgah di Terminal Bas Larkin sebelum ke Terminal Bas Taman Tun Aminah. Lepas ada singgah lagi satu tempat tapi tak perasan pulak kat mana. Ambil orang jugak kat situ tapi tak le lama. Lepas tu baru meneruskan perjalanan tanpa henti ke utara. Sampai ke Chemor jam 5:00 pagi.

Selama dua setengah hari saja di kampung sebab Jumaat petang dah ke KL pulak. Destinasi kami ialah ke rumah adik saya di Putrajaya. Ke sana dengan menaiki bas jugak tapi kali ini emak dan sorang anak sedara turut serta. Hari Sabtu pulak kami ke Taman Puchong Permai, melawat bapa saudara yang sakit. Baru keluar dari hospital kerana ada kuman dalam tulang belakang. Jam 1:30 petang, hubby sampai bersama 2 orang hero kami. Mereka bertolak dari Pasir Gudang pada pagi Sabtu tu selepas hantar Ayong ke stadium. Ayong tak turut sama sebab ada rombongan pancaragam ke KLWMBC di Cheras.

Pagi Ahad kami jalan2 di sekitar Putrajaya sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang bersama emak dan Kak Ngah (anak sedara tu...). Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah jam 5:00 petang. Sepanjang perjalanan kejap hujan kejap panas. Banyak pulak kemalangan di lebuhraya PLUS tu. Alhamdulillah, perjalanan kami dilindungi olehNya....

Cerita2 dan gambar2 akan dibuat dientry seterusnya. Sekarang ni kurang dapat bersiaran sebab emak berada di sini. Banyak menghabiskan masa bersama emak...


Thursday, December 24, 2009

Hari Yang Gembira...

Gambar2 semasa menganbil slip keputusan peperiksaan PMR 2009 pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1...










Keputusan PMR 2009

Hari ini, 24hb Disember 2009, keputusan peperiksaan PMR 2009 telah diumumkan. Ayong, salah seorang daripada calon PMR 2009 dan keputusannya.... Alhamdulillah!!! Ayong telah mendapat straight A dalam kesemua matapelajaran....8A!!!!! Tahniah untuk Ayong!!!



Slip keputusan peperiksaan PMR Ayong...


Ayong dengan slip keputusan peperiksaannya...


Kan main beso lagi senyuman abahnya...!


Diantara murid2 yang score semua A dalam semua matapelajaran...


Ibubapa bergambar bersama anak2 dan pentadbir sekolah sebagai kenangan... Saya yang kat barisan depan bertudung cream tu...hehehe...!

Tuesday, December 15, 2009

1000 Pieces Puzzle

Salam sejahtera untuk semua. Hmmm...semalam, saya dan hubby belikan 1000pcs puzzle sebagai hadiah birthday Adik. Jom kita tengok apa yang jadi dengan puzzle tu!


Inilah kotak puzzle tu...! Lihat gambar tu...cantikkan!!!



Ini pulak isi kandungan kotak tu. Mak oiiii...punyalah banyak!!!

Adik memang suka main puzzle ni. Sebelum ni pun dah banyak belikan dia puzzle tapi kuantitinya tidaklah sebanyak yang semalam. Kalau sebelum2 ni saya belikan saiz setiap puzzle yang agak2 besar, kali ini punya...kecil2 pulak. Sebelum kami menonton perlawanan bolasepak semalam, anak2 dah mula mengasingkan puzzle tu mengikut kumpulan2 yang tertentu. Selepas tamat perlawanan bolasepak, mereka menyambung "tugas" hinggalah ke pukul 1:00 pagi. Itupun baru dapat menyiapkan 10 kumpulan sahaja. Ada lagi 15 kumpulan2 kecil yang harus disiapkan.

Pagi tadi, seawal 7:30 pagi, mereka dah mengadap puzzle tu lagi. Tanpa mandi, tanpa bersarapan, mereka berusaha untuk menyiapkan puzzle tu. Saya pulak, selepas siap kerja rumah, duduk juga bersama2 mereka. Saya pun capailah satu kumpulan puzzle tu dan mencuba nasih. Adui....! Dengan gambarnya yang suram2, warnanya yang semacam potret Monalisa...susah nak membezakan. Satu kumpulan kecil ada 40 keping puzzle. Akhirnya....tidak berjaya saya mencantumkan semuanya. Pertolongan anak2 diperlukan!

Akhirnya, hampir jam 11:00 pagi barulah puzzle tu siap sepenuhnya. Berpinar mata melihatkan hasil cantumannya dengan warnanya yang seakan2 sama je.



Inilah hasil cantuman puzzle2 tersebut...


Mengabadikan kengan bersama hasil titik-peluh...


Monday, December 14, 2009

Separuh Akhir Bolasepak 25th SEA Games

Adui!!! Rasa macam tak cukup oksigen tengok perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Laos sebentar tadi. Tahniah untuk pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Laos dan layak ke perlawanan akhir. Malaysia akan bertemu dengan Vietnam yang mengalahkan Singapura.

Apa2pun, saya tetap sayang jantung saya!!! Dan untuk anda semua...SAYANGILAH JANTUNG ANDA!!!

p/s : apa kaitannya antara bolasepak dan jantung???




Gambar2 Birthday Adik

Sekadar berkongsi gambar2 semasa meraikan ulangtahun kelahiran Adik yang ke-5 tadi.



Kek 5 keping, pizza, deli wings dan hadiah...!


Gaya birthday boy...!


Happy family...!


Adik tengah makan kepak ayam...!


Adik bersama hadiahnya - 1000 pcs puzzle...!


He's 5 Today!

ADIK IS 5 TODAY!!!!! HAPPY BIRTHDAY TO ADIK!!!