Selamat bertunang untuk Mak Su dan pasangannya!!
Majlis pertunangan adik bongsu saya, sorang2nya adik perempuan saya, telah selamat dilangsungkan pada hari Ahad lepas, 18/10/2009. Seawal jam 5:30 pagi saya dah bangun menyelesaikan apa yang patut. Jam 7:30 pagi saya ke pekan Chemor bersama emak dan Wanie untuk mencari barang2 yang masih tidak mencukupi. Masing2 mengejar masa sebab tentunya ramai sanak-saudara dan jiran2 terdekat yang dah datang untuk menolong apa yang patut. Alhamdulillah, semuanya dijalankan secara bergotong-royong. Mulanya saya sibuk bersama2 mereka untuk menyiapkan bahan2 untuk masakan tapi akhirnya terpaksa saya tinggalkan kerana menyudahkan hantaran yang masih belum siap.
Seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, hantaran kali ini cuma kuih-muih dan makanan saja. Tak ada hantaran dalam bentuk persalinan ataupun kasut, beg, dll. Dan telah menjadi kelaziman, biasanya pihak perempuan akan menyediakan banyak dulang sebab kebanyakannya diberi oleh saudara-mara, jiran2 dan kawan2 "pengantin". Macam kes Mak Su ni, tuan rumah cuma sediakan dalam 4 ke 5 dulang saja dan selebihnya semua orang lain yang bagi. Bila dikira2, semuanya ada 23 dulang dari pihak kami. Ikutkan adat, kuantiti tidak boleh dalam angka genap, mesti dalam angka ganjil. Begitu jugak dengan kuantiti barang2 dalam dulang tu, tak boleh genap jugak. Sebab apa??? Wallahhualam!!!! Bila dah dikumpulkan semua hantaran tersebut, dan kami kira2...ada 24 dulang! Alamak...macam mana ni!!! Akhirnya saya gabungkan bungkusan Dodol bersama bungkusan Wajid Delima. Dah jadi 23 dulang!!! Selamat.....!
Sebelum tetamu menjamu selera jam 12:00 tengahari, diadakan sedikit majlis doa selamat. Diadakan di bawah khemah yang telah disediakan. Makan yang kami sediakan ringkas aje. Cuma Nasi Putih, Rendang Pedas Ayam Pencen, Gulai Lemak Nangka, Sayur2 Rebus, Sambal Belacan, Ulam2, Sambal Kelapa, Ikan Goreng dan Ikan Masin Goreng. Memang menyelerakan masakan cara kampung macam ni.
Dalam pukul 2:00 petang, rombongan dari pihak lelaki sampai. Adalah dalam 7 buah kereta. Tunang Mak Su ni cuma 2 beradik saja, kedua2nya lelaki. Adiknya dah kahwin, dah ada seorang cahayamata. Emaknya pun dah tak ada. So dia tinggal berdua dengan ayahnya saja. Adiknya dah pindah selepas berumahtangga ari tu.
Hantaran dari pihak perempuan...
Juga hantaran dari pihak perempuan...
Menu masakan - ikan goreng, lemak nangka, rendang pedas ayam pencen, ikan masin...
Bersama2 memasak dan menyiapkan barang2 hantaran...
Menu masakan - ikan goreng, lemak nangka, rendang pedas ayam pencen, ikan masin...
Bersama2 memasak dan menyiapkan barang2 hantaran...
Sanak-saudara, jiran2 dan keluarga sedang menjamu selera...
3 comments:
I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^
salam ita, wah..meriahnya majlis tu ya macam majlis kawin lak ya! kat area kg cam tulah ya ita..sonok gitu! mak ooi..hantarannya bukan main bnyk lagi..biasanya cam tu ya, bila sedara-mara dah kasi serba-sikit jadilah bnyk..brtuahlah pihak lelaki tu..
tu lah am...masa saya dok menyusun2 tu, rasa2 mcm nak tarik 2,3 kotak tp x sampai hati plak. nti tuannya tengok tak de, nak jwp apa! pulaknya...semuanya sedap2 belaka!!!
Post a Comment