Tuesday, October 20, 2009

Perjalanan Balik Kampung


Hari Sabtu lepas, 17/10/2009, sekali lagi kami balik ke kampung di Chemor, Perak. Mak Su akan melangsungkan majlis pertungangannya pada hari Ahad, 18/10/2009. Hari Sabtu tu kena pulak turn hubby bekerja. So terpaksa tunggu hingga hubby balik kerja barulah kami bertolak balik ke kampung. Tapi hari tu hubby balik agak lewat. Dekat 3:00 pm baru kami bertolak tapi sebelum tu kami memenuhi undangan NJ untuk beraya di kedainya dulu. Kami sinngah sebentar aje. Selepas menjamu selera dengan mee rebus, sate dan nasi goreng, kami meneruskan perjalan menuju ke utara. Kami bertolak dalam jam 3:30 petang.

Alhamdulillah, keadaan trafik di lebuhraya amat "mendamaikan" sebab tak ada kesesakan. Cumanya bila sampai di satu kawasan tu, tak ingat kawasan mana, ada serombongan penunggang motosikal berkuasa besar yang agak "kurang ajar" sikit. Mereka concured kedua2 lorong. Marshalnya pun satu hal. Sepatutnya dia yang jaga anak2 buahnya supaya tidak mengganggu pengguna2 lain tapi dia yang duduk kat lorong tengah. Gerammmmm jer semua pemandu2 lain!!! Ada MyVi tu siap potong kat lorong kecemasan. Hubby pulak drive betul2 kat belakang marshal tu. Rasa macam nak disodok jerrr marshal tuuu.....! Nasib baik mereka keluar di Yong Peng Utara. Kalau tak...tak tau ler apa yang akan terjadi seterusnya.

Kami singgah sekejap di Hentiah Rawang. Masing2 nak menunaikan hajat....! Sambil tu beli2 le apa yang patut sebagai kudapan. Kami sampai di Chemor lebih kurang jam 10:30 malam. Alhamdulillah!!! Saya meninjau barang2 hantaran yang telah siap digubah oleh SIL. Kotak2nya semua dah siap tapi masih ada yang masih kosong sebab barang2nya belum dapat lagi. Saya ditugaskan untuk membuat sirih junjung tapi bahan2nya tak cukup. Esok ajelah saya buatkan!
Malam tu saya tidur hampir jam 1:00 pagi dalam kepenatan....!!


No comments: