Hari tu masa pergi jalan2 kat rumah siapa entah, ramai yang dah menikmati Nasi Ayam Hijau ni. Ahad lepas pun masa adik saya (Mak Su) ke Pulau Pangkor, dia MMS gambar Nasi Ayam Hijau jugak. Tak boleh tahan! Semalam saya menunaikan impian yang terpendam.
Selepas Adik ke sekolah, saya terus memandu ke pasar. Tujuannya untuk membeli ayam dan sayur2an yang berkaitan. Saya selalu beli ayam kat satu gerai ni. Jadinya semalam bila aje sampai ke pasar, saya terus order ayam seekor. "Potong macam biasa dan buang kulit", ayat yang biasa digunakan. Lepas tu saya terus ke gerai menjual sayur2an. Dah dapat apa yang dihajati, saya pergi semula ke gerai ayam tu dan terus bertanya berapa harga. "RM14.60", katanya. Ayam yang dah siap dipotong2 dah tersedia di kerusi. Selepas bayar harga ayam, saya terus capai beg plastik ayam tu dan balik. Sampai di rumah, dua orang hero dah ke sekolah. Tak sempat nak tunggu emaknya balik dari pasar.
Saya pun bawaklah beg2 plastik yang berisi ayam dan sayur2an ke dapur. Siap singsing tangan baju sebab nak memulakan kerja2 memasak. Mula2 saya masak nasi hijau tu dulu. Selepas tenggek nasi, baru le saya nak membersihkan ayam. Buka2 je beg plastik tu saya tengok orang tu potong ayam tu kecil2. Alamak!!!! Macamana nak bakar ayam macam ni punya saiz? Hangus terus ayam ni nanti.... Aduhai!!!! Tapi dalam yang kecil2 tu, pahanya aje yang ditinggalkan dengan saiz original. Apa-apa ajelah!
Selepas saya perap ayam dengan bahan2, saya masak sup ayam dulu. Adik balik nanti mesti dia suka makan nasi hijau tu dengan sup ayam. Memang betul telahan saya. Balik aje dari sekolah terus saya bagi makan nasi hijau dengan sup ayam. Mula2 saya asingkan nasi dan sup. Nasi dalam pinggan dan sup dalam mangkuk. Dapat pada Adik, terus dituangnya sup ke dalam pinggan berenang bersama2 nasi. Sukahatilah Dik! Asalkan makan kenyang...
Dah jam 5:30 petang barulah saya sambung kerja2 memasak. Memanggang ayam, menyediakan geng2 nasi ayam dan juga Salad Campur untuk diri sendiri. Nasi tu, selepas kering, saya letakkan beberapa titis pewarna hijau dan sedikit pandan emulco (supaya naik bau pandannya) dan barulah dikacau rata. Jom makan!!!
2 comments:
Kak Ita>> nasi ayam ijau pulak... aduhai lerr... bila la nak sampai seru rajin ni... nasi lemak ijau lum buat, dah ade nasi ayam ijau lakssss.... tergoda lerrrr
zalia,
kaler2 nasi tu, kita letak kaler apa pun tak pe rasanya. lepas ni nak buat nasi lemak biru @ pink lak...hehehe. leh ke terima dek tekak entahlah...
Post a Comment