Monday, October 12, 2009

Diari Raya - Marhaban Setaman

Hari Sabtu lepas telah diadakan Program Marhaban untuk kumpulan Yassin kami di Jalan Selayang 10, 12 dan 13. Malam sebelum tu kami bersama2 bergotong royong untuk menganyam dan mengisi ketupat dan jugak menyediakan bahan2 bumbu untuk menu2 yang telah persetujui. Sama2 mengupas bawang, memotong cili kering, menghiris serai dan macam2 lagi. Rewang macam nak kenduri kahwin tu! Semua kerja2 tu kami lakukan di rumah ketua baru iaitu Encik Adam dan Kak Normah.

Menu2 yang dah kami sama persetujui ialah ketupat bersama rendang ayam pencen dan sayur lodeh, laksa penang dan juga sedikit buah2 dan minuman. Kuih-muih dah ada yang nak menyumbang, so tak perlu masukkan dalam bajet. Dan seperti yang telah dipersetujui jugak, Selayang 10 kena masak laksa penang dan Selayang 12 dan 13 kena masak rendang dan sayur lodeh. Ketupat pulak kami buat bersama2.

Kumpulan saya - Aini, Zu,Cikgu Shikin dan Rai - menyediakan laksa di perkarangan rumah saya. Jumaat malam tu, Aini dah rendan laksa kering sebanyak 14 kampit. Pagi Sabtu tu, saya pulak merebus laksa tu di rumah saya. Rumah saya dan rumah Aini cuma berselang sebuah rumah aje. Ikan untuk kuah pulak direbus dan dikisar oleh Aini dan Cikgu Shikin. Semua bahan2 untuk laksa dah terkumpul di rumah saya. Mana yang saya boleh buat dulu, saya buatlah tapi kami dah putuskan untuk berkumpul jam 2:00 petang untuk sama2 memasak. Menyediakan laksa penang tidaklah sesusah mana sebab cuma perlu didihkan aje disamping memotong2 dan menghiris2 bahan sampingan aje. Kena pulak hujan lebat...alamak! Nasib baik awning saya tu panjang sampai ke depan. Hujan lebat pun tak ada masalah.

Siap memasak, hubby tolong menghantarkan segalanya ke khemah yang telah di sediakan di Selayang 12 - tempat kami akan menjamu selera selepas selesai kaum bapa marhaban. Seperti tahun2 lepas, kami akan sama2 menghidang dan menyediakan meja makan.

Macam tahun2 lepas, kumpulan marhaban dibahagikan kepada 3 kumpulan....cepat sikit habisnya! Agak2 marhaban dah nak selesai, barulah kaum2 ibu bergerak ke khemah. Dekat jam 10:00 malam baru habis marhaban. Selepas Pak Imam dan Ketua Kumpulan memberi ucapan, masing2 menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.

Jom kita layang gambar2 marhaban....!


Persediaan sebelum marhaban...
Antara makanan yang disediakan...tak lengkap sebab masih ada yang belum terhidang masa tu!


Kaum bapa dan anak2 lelaki bermarhaban dari rumah ke rumah...! Yang ni di Selayang 10 je...


Khusyuk mendengar kata2 aluan dari Pak Imam dan Ketua Kumpulan...


Masa untuk menjamu selera...!


Di hujung majlis, mana yang berbaki tu dibungkuskan untuk dibawa pulang. Kaum lelaki pulak kena turn basuh pinggan-mangkuk dan periuk2...!

No comments: