Friday, October 30, 2009

Menu Semalam

Semalam...saya rasa saya terlebih rajin memasak. Sebabnya, semalam aje saya masak 2 biji kek cokelat dan seloyang Puding Roti. Kek cokelat tu sebenarnya resepi Kek Cokelat Kukus Lembab tapi saya edit sikit. Sebiji saya kukus dan sebiji lagi saya cuba bakar pulak. Semua tu sebenarnya saya nak bawak balik ke Muar hari Sabtu nanti sebab ada majlis melenggang perut biras (isteri BIL yang nikah bulan Mac dulu...). Bunting pelamin....! Majlis akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad. Memandangkan hubby masih bekerja pada pagi Sabtu, kemungkinan besar kami akan sampai ke kampung pada waktu Maghrib. Best gak yer...tak payah tolong memasak. Balik makan jer.... (dengar dek MIL kang naya jer....).


Kek Cokelat Kukus Lembab...


Kek Cokelat Kukus Lembab versi bakar...api atas terlebih panas, itu yang merekah sikit tu...



Puding Roti...



Untuk makan malam pulak, saya masak tomyam ringkas dan telur dadar sahaja. Boleh ke dipanggil tomyam ye...sebab isinya cuma ayam dan sedikit sayur. Biasanya kalau masak tomyam, saya masukkan udang le, sotong le, dan macam2 jenis sayur lagi. Tapi semalam kehabisan stok, jadinya saya cuma masukkan apa yang ada saja. Apa2 pun, anak2 teruna saya memang suka menghirup kuahnya.



Tomyam Ringkas...


Telur Dadar...ada daun bawang/sup dan bawang cincang...


No comments: