Apa bendanya ni?? Oooo..ini ialah juadah yang Adik mintak selepas balik dari tadi petang tadi. Masa tu saya sedang mengoyak2an roti untuk dibuat Puding Roti. Kebetulan pada masa itu Adik pun baru sampai dari tadika. Dia terus mintak nak makan roti dengan planta dan gula. Itu memang kegemaran dia. Tapi tepi2 roti mesti dipotong sebab dia tak makan tepi2 roti tu.
Ini pulak ialah Puding Roti yang saya bakar petang tadi. Hajatnya nak dibawa ke Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat esok (Sabtu) di rumah Puan Zalila Sayuti di Selayang 2. Esok adalah aktiviti Kumpulan Yassin perempuan di sini setelah bercuti rehat selama 2 bulan (Ramadhan dan Syawal).
No comments:
Post a Comment