Tuesday, October 20, 2009

Cerita Makan2 Hari Jumaat


Setiap hari Jumaat hubby mesti balik rumah waktu tengahari sebab nak ambil anak2 untuk ke masjid untuk solat Jumaat. Sebelum ke masjid, pastinya hubby akan menjamu selera dulu. Memandangkan hari Jumaat lepas saya ada "projek" memasak, saya terpaksa masak yang ringkas2 aje untuk tengahari tu. Saya cuma masak Mee Sup aje. Sekadar masak Sup Ayam yang biasa2 tu, dimakan bersama mee kuning. Cuma tambah telur rebus, sawi dan taugeh celur, serta fish cake dan tauhu goreng. Alhamdulillah!!!!

Sebenarnya malam sebelum tu saya dah masak satu loyang Marble Shortbread. Satu loyang saya cuma dapat 96 pcs aje. Saya dapat order untuk buat Marble Shortbread (200 pcs) dan Frembozen Kenari (200 pcs). Jadinya hari Jumaat tu saya mesti siapkan semuanya sebab orang yang meng"order" tu ada jamuan hari raya pada hari Sabtu tengahari. pagi Sabtu dah nak kena hantar.

Dalam sibuk2 menyiapkan order, saya sempat gak menggoreng pisang tanduk yang bersaiz besarrrrr. Saya beli di pasar pada pagi Jumaat tu. Saya siap ukur panjang dan diameter pisang tu. Panjangnya ialah 23 inci dan diameternya pulak 5 inci. Besar kan????

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.